Blackpink, ‘kpop girl’ pertama tembusi Billboard Hot 100 & Billboard 200 Charts dengan kedudukan tertinggi

Blackpink akhirnya mencipta sejarah tersendiri di negara Amerika Syarikat itu apabila menjadi ‘kpop girl’ pertama yang menembusi kedua-dua Billboard Hot 100 dan Billboard 200 Charts dengan kedudukan tertinggi masing-masing pada posisi no.44 dan no.22.

Pencapaian single dan album EP , “Kill This Love” telah mengatasi kejayaan “DDU-DU DDU-DU” meraih kedudukan no.55 di dalam carta muzik itu pada tahun 2018 sebelum ini setelah mengatasi rekod dipegang oleh Wonder Girls dengan “Nobody Girls” pada tahun 2009.

“Kill This Love” yang dilancarkan pada 4 April 2019 di seluruh dunia, merupakan single mereka seterusnya selepas “DDU-DU DDU-DU” . Single ini berjaya mencipta rekod sekejap sebagai peraih tontonan paling banyak di Youtube dengan 56.7 juta orang sebelum dipecahkan oleh BTS seminggu kemudian dengan single ‘Boy With Luve’ bergandingan bersama Halsey.

Sumber: Billboard

loading...