Jumpa lagi lain kali Chungha!

 

Mimpi indah sungguh peminat-peminat Chungha kerana Chungha datang ke Malaysia dan membuat persembahan di ‘Uchat Songkran Day-Out’ pada hujung minggu lepas. Hujan renyai-renyai yang menbasahi bumi dua jam sebelum konsert berlangsung sedikit pun tidak menggugat kecekalan para peminat Chungha untuk bertemu mata dengan Chungha. Tambahan pula, ramai rakan artis yang mempersembahkan lagu mereka pada malam kedua iaitu Priscilla Abby, Elizabeth Tan dan Jannine Weigel. Manakala, rakan artis yang terlibat pada malam pertama konsert adalah Asad Motawh, Min Chen, Bunkface dan kumpulan comel dari Thailand, BNK48.

Chungha yang memang dikenali dengan bakat menari dan menyanyi ini berganding dengan artis antarabangsa yang lain di pentas ‘Uchat Songkran Day-Out’ yang diadakan di Setia City Oval, Setia Alam, Selangor. Acara ini berlangsung selama 2 hari iaitu 13 & 14 April 2018 dari 10 pagi hingga 9 malam. UChat iaitu penaja rasmi acara ini adalah aplikasi 2 dalam 1, berhubung dengan teman dan ‘e-wallet’ yang dibangunkan oleh ‘i-Service’ yang pertama di Malaysia. Acara ini juga dimeriahkan dengan aktiviti yang bertemakan air  sempena cuaca Malaysia yang ala ala ‘summer’ ini dan juga ‘food truck’ yang menyajikan makanan yang menyelerakan sehingga bertambah-tambah.

Chungha yang merupakan salah seorang peserta Produce 101 dan bekas ahli kumpulan idol wanita I.O.I bersama-sama dengan Jeon Somi dan Kim Se Jong dan kini bergerak secara solo di bawah naungan M&H Entertainment. Pada malam konsert, Chungha menyanyikan 5 buah lagu iaitu Gotta Go, Pit-a-Pat, Rollercoaster, Why Don’t You Know dan lagu ‘cover’ daripada Ariana Grande, Nicki Minaj, Jessie J iaitu Bang Bang. Para peminat sangat terhibur dengan persembahan memukau daripada Chungha dan rakan artis yang lain.

Untuk maklumat lanjut atau gambar pada hari kejadian, sila layari uchat.com.my/events atau ikuti mereka di Facebook @UChat dan @uchatmy di Instagram #UChatSongkran.

Sekitar suasana pada malam konsert berlangsung ;

 

Jom ikuti sedutan daripada persembahan selebriti jemputan:

 

Tahniah kepada penganjur dan merek yang terlibat. Semoga berjumpa lagi dilain kali.

 

loading...