SuperM terjah lebih 10 lokasi di seluruh Amerika Syarikat dalam cubaan kuasai pasaran muzik Kpop sedunia

SuperM, kumpulan kpop baru hasil gabungan beberapa ahli kumpulan kpop sedia ada yang berpengalaman, bakal membuka lebaran baru buat agensi SM Entertainment dalam cubaan untuk menguasai pasaran muzik Kpop sedunia yang selama ini didominasi oleh BTS dan Blackpink.

SM Entertainment dengan kerjasama Capitol Records, mengumumkan sepuluh lokasi persembahan ‘showcase’ SuperM di serantau Amerika Syarikat bagi memperkenalkan kumpulan tersebut dengan dendangan lagu-lagu daripada album yang akan dilancarkan mulai 5 Oktober 2019 ini. SuperM terhasil daripada keanggotaan daripada 3 kumpulan berbeza iaitu Taeyong dan Mark daripada kumpulan NCT27, serta Lucas, dan Ten daripada kumpulan Way V, yakni kempat-empat ahli tersebut merupakan subunit kepada NCT. Selain daripada itu, Baekhyun dan Kai daripada kumpulan EXO dan akhir sekali, Taemin daripada kumpulan SHINEE juga mengisi tiga lagi keanggotaan dengan Baekhyun dijadikan ketua kumpulan SuperM secara rasmi.

Namun, pengumuman SM Entertainment itu mengundang cemuhan sebilangan netizen yang belum yakin akan kemampuan SuperM lebih-lebih lagi SuperM baru saja mengeluarkan album sulung dan belum diperkenalkan dengan lebih meluas lagi dengan hanya berbekalkan pengaruh individu (ahli EXO, Shinee, dan NCT) semata-mata. Apapun keputusannya, ‘showcase’ berangkai itu tetap diteruskan walaupun berdepan dengan kritikan netizen.

Single ‘Jopping’ yang dilancarkan serentak dengan album sulung mereka, ‘Super M’ dibuat sebaik saja mereka mengadakan persembahan nyanyian ‘SuperM: Live From Capitol Records in Hollywood’  yang bertempat di Los Angeles, Amerika Syarikat, serta disusuli dengan kemunculan di dalam program  “The Ellen DeGeneres Show”! beberapa hari kemudian.

Sumber: twitter rasmi SuperM

loading...