Detektif Lee Min Ki akan lindungi wakil rakyat Lee Yoo Young dari cengkaman musuh di dalam OCN All Lies ?

Lee Min ki dan Lee Yoo Young dikatakan masih mempertimbangkan tawaran lakonan di dalam drama terbitan OCN diberi judul sebagai ‘All Lies’ (tajuk diterima secara literal saja) secara positif.

Lee Min Ki bakal memegang watak sebagai detektif polis bernama Jo Tae Sik yang berkerja untuk balai polis terbesar di Korea, Seoul Metropolitan Police Agency. Jo Tae Sik seorang yang sangat sensitif tapi penuh dengan motivasi untuk menyelesaikan kes-kes kriminal.

Pada suatu hari, beliau ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan suami kepada ahli politik, yakni wakil rakyat parlimen Korea yang didapati hilang selepas ayahnya meninggal dunia. Ahli politik itu bakal dilakonkan oleh Lee Yoo Young.

Jika kedua-dua menerimanya, ini merupakan drama pertama Lee Min Ki sejak jtbc ‘Beauty Inside’ dan drama susulan Lee Yoo Young selepas KBS Fellow Citizens yang sedang hangat ditayangkan kini.

Drama ini bakal mendapat sutradara wanita sebagai pengarahnya iaitu Lee Yoon Jung yang pernah mengarahkan drama seperti MBC Coffee Prince, tvN Cheese In The Trap dan tvN Argon. Ia bakal ditulis oleh Jeon Young Shin dan Won Yu Jung. Ia akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2019.

Sumber: news1 , IS Plus

loading...