“Dibubarkan? Belum diputuskan lagi.” – Agensi LABOUM

Agensi LABOUM secara rasminya telah menangani laporan bahawa kumpulan itu dibubarkan.

Tahun lepas, LABOUM menandatangani kontrak dengan agensi baharu, Interpark Music Plus, berikutan kontrak mereka dengan agensi terdahulu tamat. Sebagai ketua kumpulan, Yujeong meninggalkan LABOUM iberikutan tamatnya kontrak dengan agansi terdahulu. Oleh itu, LABOUM menyertai Interpark Music Plus sebagai kumpulan dengan empat ahli yang terdiri daripada Soyeon, Jinyea (dahulunya dikenali sebagai ZN), Haein, dan Solbin.

Awal minggu ini, saluran berita Korea StarNews melaporkan bahawa LABOUM akan dibubarkan pada bulan Ogos, hanya setahun selepas mereka menandatangani kontrak dengan Interpark Music Plus.

Bagaimanapun, agensi itu telah menjelaskan bahawa semasa mereka membincangkan kemungkinan pembubaran LABOUM, tiada apa yang diputuskan.

“Kami melihat artikel mengenai pembubaran [LABOUM], tetapi sama sekali tiada apa yang telah diputuskan,” kata wakil Interpark Music Plus kepada Sports Hankook. “Apabila perkara itu telah diselesaikan, kami akan membuat pengumuman.”

Interpark Music Plus juga memberitahu No Cut News, “Kami sedang membincangkan [kemungkinan pembubaran]. Tiada apa-apa lagi yang diputuskan.”

LABOUM pertama kali memulakan kerjaya sebagai kumpulan enam ahli pada 2014. Tahun lalu, kumpulan itu kembali menjadi tumpuan apabila lagu 2016 mereka “Journey to the Atlantis” menikmati kebangkitan mendadak dalam populariti lima tahun selepas dikeluarkan.

Nantikan kemas kini lanjut mengenai rancangan masa depan LABOUM.

Sumber : chosun, sports.hankook

loading...