[Gempar] Penangan cinta lokasi lagi : Hyejung AOA & Ryu Eui Hyun sah dilamun cinta

Baru-baru ini, sebuah portal media melaporkan bahawa Shin Hye Jung atau lebih dikenali sebagai Hye Jung AOA dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan Ryu Eui Hyun (bekas pelakon kanak-kanak) yang jauh lima tahun lebih muda daripadanya. Antara drama lakonan Shin Eui Hyun termasuklah A-Teen, MBC Shopping King Louis dan MBC Queen of Classroom. Ryu Eui Hyun baru mencecah usia 20 tahun.

“Hye Jung  mencintai Ryu Eui Hyun sejak mereka membintangi drama web, “Is Lovesickness Refundable?”  pada Disember 2018 lalu. Mereka dilihat bergembira menikmati juadah di beberapa restoren terkemuka di daerah Gangnam dan pusat membeli-belah di Hanam, daerah Gyeonggi di mana Ryu Eui Hyun tinggal, ” kata laporan itu.

Sementara itu, FNC Entertainment yang mewakili Hyejung turut mengesahkan bahawa mereka memang sedang menjalin hubungan cinta.

“Ya, mereka mula menjalin hubungan ketika penggambaran drama pada Disember lalu dan selalu bersemuka selepas itu , ” kata agensi tersebut.

Sumber: OSEN, donga

loading...