Park Hae Soo & Lee Hee Joon akan disatukan untuk drama ‘thriller’ terbaru pasal pembunuhan bersiri ?

Pengarah drama yang diberikan judul ‘Chemistry’ ini sedang mendapatkan Park Hae Soo dan Lee Hee Joon sebagai pelakon utama siri tersebut. Ia adalah projek terbaru di bawah arahan PD Kim Do Hoon (“MBC Moon Embraces The Sun”, “MBC Medical Top Team”) setelah keluar daripada syarikat produksi MBC dan menyertai JS Pictures.

Tiada maklumat lanjut tentang karakter dipegang pelakon masing-masing tapi menurut xsportnews, drama ini berkisarkan tentang sesuatu kejadian letupan yang membawa kepada pembunuhan bersiri berlaku sekitar tahun 1984.

Sekiranya Park Hae Soo menerimanya, ia merupakan drama susulan beliau sejak tvN Prison Playbook di mana beliau meraih pencalonan Best Actor 7th CARI Kdrama Awards. Drama ini belum mendapat hak penyiaran di mana-mana cenel dan dijangka penayangannya pada penghujung tahun 2019 ini.

Sumber: xsportnews

loading...