Yunho TVXQ didedahkan pernah menyelamatkan mangsa buli dengan lengannya telah tertoreh

May be an image of 1 person

Sisi baik Yunho daripada kumpulan kpop popular, TVXQ/DBSK/Tohoshinki didedahkan oleh rakan sekolahnya pada suatu masa dulu.

Mendapat inspirasi daripada dakwaan cerita buli melibatkan selebriti-selebriti ternama seperti Woonggi TOO dan Jo Byung Gyu, netizen itu ingin meluahkan rasa berterima kasih-nya kepada Yunho TVXQ kerana kata-kata daripadanya telah memberikan semangat baginya untuk bangkit daripada peristiwa silam yang menyakitkan itu.

“Ada satu insiden berlaku di mana seorang rakan sekelas aku pernah menoreh lenganku dengan pisau. Dengan bodohnya aku tak menyedari itu perbuatan buli dan mengaggapnya sebagai gurauan. Selepas dimaklumkan guru kelas ia adalah perbuatan buli, aku berasa sakit hati sangat sehingga menangis dan pernah terfikir untuk berhenti sekolah. Pada masa itu, aku hanya tahu Yunho U-KNOW sebagai rakan sekolah yang sama yang dilihat suka menari di festival sekolah. Sehinggalah pada satu hari aku berjumpa dengannya,” katanya menceritakan bagaimana dia mula dipertemukan dengan Yunho TVXQ.

Yunho dikatakan telah mencengkamkan lengannya dengan nada marah-marah sambil berkata, “Siapa sial yang buat benda ini? Nak aku ajar dia kah?,” tanya Yunho kepadanya. Tanpa menjelaskan sebab, netizen itu hanya mententeramkan Yunho dengan jawapan tiada apa-apa yang berlaku padanya.

Setelah dikenang balik peristiwa tersebut, netizen itu berterima kasih kepada Yunho kerana kata-kata semangat daripadanya telah membuatkannya bangkit agar tidak mudah berputus asa sehingga terfikir untuk berhenti sekolah dan kini sudah memiliki keluarganya sendiri. Netizen itu turut menyertakan album bergambar sekolahnya dengan Yunho sebagai kenangan dan akan sentiasa menyokong kerjaya seninya.

Yunho TVXQ baru mengeluarkan album solonya berjudul Noir dengan lagu ‘Thank You’ dijadikan sebagai single utama pada Januari 2021 lalu dan kini menjadi hos bersama Changmin untuk Mnet Kingdom yang akan disiarkan tak lama lagi.

Sumber: newsis, nate

loading...