Jang Dong Yoon akan ‘cross-dressing’ jadi perempuan demi Kim So Hyun untuk drama KBS Tale of Nok Du ?

Pernahkan anda terbayang drama korea di mana watak utama lelaki berubah jadi perempuan jadian pula sebelum dikantoikan oleh gadis yang dicintainya?.

Sebelum ini kita asyik disajikan dengan beberapa drama korea yang memaparkan heroin ‘cross-dressing’ jadi lelaki kerana ingin mencapai status tertinggi di dalam hierarki seperti ditonjolkan di dalam KBS Sunkyunkwan Scandal dan KBS Moonlight Drawn By Clouds, misalnya. Kali ini, ia ternyata berbeza dengan menumpukan watak utama lelaki sebagai penggerak utama cerita.

KBS Tale of Nok Du yang diadaptasikan daripada webtoon popular, Nokdojeun oleh Hye Jin Yang yang diterbitkan bermula 16 Disember 2014 dan berakhir pada 31 Julai 2018 lepas berlatarbelakangkan zaman Joseon adalah berkisarkan tentang anak bangsawan yang melarikan diri dari rumah kerana tak mahu dikahwinkan atas kehendak keluarga sebelum menyamar jadi perempuan dan bertemu dengan gadis yang dipaksa menjadi gisaeng.

Jang Dong Yoon akan memegang watak utama Jeon Nok Du, ‘cross-dressing’ menjadi wanita yang cantik menawan lalu menyusup sebuah kampung yang dipenuhi janda-janda. Di situ, dia memenumi Dong Dong Ju yang bakal dilakonkan oleh Kim So Hyun, sedang dalam tempoh percubaan untuk menjadi gisaeng satu masa nanti. Dong Dong Ju tak mahu menjadi gisang, tapi dia tiada pilihan kerana takdirnya mengikatkannya pada taraf gisaeng sejak turun-temurun.

Dong Dong Ju mengetahui identiti Jeon Nok Du dan tujuannya ke mari. DIsebabkan Jeon Nok Du berulang-ulang kali menyelamatkan Dong Dong Ju daripada ancaman terutamanya pelanggan rumah tumpangan yang gila seks, Dong Dong Jun mula menaruh hati pada Jeon Nok Du. Jeon Nok Du mengambil inisiatif sehingga menjadikan Dong Dong Jun sebagai anak angkatnya, bagi mengeluarkannya daripada ditakdirkan menjadi gisaeng sepanjang hayat.

Setakat ini, Kim So Hyun, bekas pelakon kanak-kanak, sudah bersetuju untuk membintangi drama ini menjadikan ia drama keduanya untuk tahun ini disusuli oleh Netflix Love Alarm manakala Jang Dong Yoon masih mempertimbangkan tawaran lakonan diberikan padanya. Jang Dong Yoon pernah menerima pencalonan Popular Rookie Actor CARI Kdrama Awards di atas penampilan berkesan di dalam KBS School 2017 bersama Kim Jung Hyun, selain lakonan watak Joon Young di dalam tvN Mr. Sunshine.

KBS Tale of Nok Du akan mendapatkan sutradara baru, Kim Dong Whee yang pernah menjadi pembantu pengarah KBS Fight My Way dan MBC The Merchant: Gaekju. Penulis skrip ialah Im Hye Jin yang menggarap drama KBS Moonlight Drawn By Clouds sebelum ini dan dibantu oleh Baek So Yeon. KBS Tale of Nok Du dirancang untuk penyiaran pada September 2019 selepas KBS Perfume selesai ditayangkan.

Sumber: donga , edaily

loading...