“Terlena sangat sampai tak dengar bunyi trompet dah” – Im Si Wan baru selesai jalani latihan ketenteraan

Im Si Wan, merupakan pelakon yang berkaliber selain bergelar idol daripada kumpulan kpop, ZE:A, yang turut dibarisi oleh Park Hyung Sik. Walaupun beliau agak rendang orangnya, jauh daripada kelaziman bagi ketinggian seseorang selebriti berasal dari Korea, namun Im Si Wan jarang sekali menghampakan peminatnya baik dari segi lakonan yang ditunjukkan dan senyuman manis yang boleh membuatkan sesiapa saja cair melihatnya.

Im Si Wan baru saja tamat menjalani latihan ketenteraan sejak mendaftar pada 11 Julai 2017 lalu selepas selesai membintangi drama MBC The King In Love. Majlis pertemuan bersama peminat itu dibuat berdekatan dengan Kem Tentera ke-25 Bandar Yangju di Gyeonggi, Korea.

“Saya rasa akan jadi lebih baik pada keesokan hari.Kehidupan sebagai askar ini adalah sesuatu yang sukar untuk diterjemahkan perasaannya. Saya bangun pagi, saya ingatkan terlena sangat sampai tak dengar bunyi trompet dah ,” katanya mengulas tentang rutin harian semasa di kem ketenteraan.

“Saya tak sedar saya sudah banyak berubah sejak menyertai ketenteraan. Terima kasih kerana datang menanti ketibaan saya,” tambahnya lagi.

Buat peminat drama korea, Im Si Wan bakal membintangi drama OCN terbaru berjudul “Strangers From The Hell” yang  diadaptasi daripada sebuah webtoon popular bertemakan thriller mengisahkan tentang kejadian aneh yang dihadapi oleh seorang lelaki selepas beliau berpindah ke Seoul dari kampungnya.

Mengulas tentang projek lakonan terbarunya itu, Im Si Wan berkata krew-krew produksi banyak memberi kata-kata semangat terhadap dirinya dan tanpa berfikir panjang, beliau terus menerimanya.

“Saya akan bekerja lebih keras ,” sebutnya lagi dengan tegas bagi meyakinkan peminat-peminat yang sanggup datang dari jauh pelusuk negeri. Beliau turut bergambar kenang-kenangan dengan mereka.

Selain MBC The King In Love, Im Si Wan turut dipuji melakonkan watak ‘intern’ pekerja kolar putih yang berhadapan dengan kesukaran mengadaptasikan diri dengan suasana bekerja di dalam drama bersiri popular, tvN Misaeng.

Sumber: tv report

loading...