[Berita @China] Jacky Heung akhirnya melamar Hayden Kuo untuk dijadikan isteri

Pelakon berasal dari Hong Kong ini, Jacky Heung akhirnya melamar kekasih yang dicintainya selama ini, Hayden Kuo (Guo Bi Ting) untuk dijadikan isteri setelah masing-masing bersetuju melanjutkan hubungan mereka ke jinjang pelamin.

Kedua-dua mereka dilihat berpegangan tangan dengan Hayden Kuo menyarung cincin bertatahkan berlian selepas keluar daripada hotel Hanse, Taipei semalam. Media kemudian melaporkan proses lamaran itu telah berjaya. Selepas beberapa jam kemudian, beberapa gambar dimuatnaik oleh ibu Jacky Heung menunjukkan bukti berhasilnya lamaran tersebut.

Ibubapa kedua-dua pelakon tersebut telah memperkenankan hubungan mereka lagi-lagi setelah mereka pernah disatukan bersama di dalam program realiti tv ‘The Most Beautiful Times’.  Malah, ayah Hayden Kuo pula siap berseloroh bahawa dia terpaksa membeli rumah baru untuk memuatkan segala haiwan peliharaannya sekiranya mereka serius untuk mendirikan perkahwinan.

Jacky Heung dikenali dengan filem aksi League of Legends manakala Hayden Kuo pula lebih popular dengan drama bersiri terbitan Hunan TV, The Starry Night, The Starry Sea.

Sumber: Weibo

loading...