Ji Chang Wook nafi ada hubungan dengan ‘Mama Lin’, pelabur kelab malam ‘Burning Sun’

Agensi yang mewakili Ji Chang Wook, Glorious Entertainment membuat kenyataan tentang desas-desus hubungan antara pelakon itu dengan Puan Lin (Mama Lin) yang tertular gara-gara paparan foto yang dinaikkan oleh program penyiasatan tv SBS ‘The It’s Now’ pada 23 Mac 2019 semalam.

Dalam pada itu, agensi terus-menerus menafikan bahawa Ji Chang Wook mempunyai hubungan dengan Puan Lin, pelabur utama kelab malam ‘Burning Sun’ yang dikaitkan dalam skandal ‘bapa ayam’ dan penyeluduhan dadah oleh bekas penyanyi kumpulan Big Bang, Seungri.

Berikut adalah kenyataan penuh,

Hi, ini agensi Glorious Entertainment.

Kami punya aktor tiada kaitan dengan individu yang tertera dalam foto disiarkan menerusi tv. Sebagai peminat, dia hanya tunaikan permintaan wanita itu untuk bergambar bersama.

Situasi begitu telah menyebabkan berbagai-bagai tohmanan termasuklah gangguan seksual berterusan terhadap aktor kami, akhirnya menyebabkan reputasinya menjadi buruk. Iaamenyebabkan aktor kami dan keluarganya berasa sedih.

Saya memohon supaya sesiapa berkenaan tak menulis lagi tentang desas-desus tersebut. Kami akan awasi dan lindungi aktor kami.

….

loading...