Ji Chang Wook disahkan tiada kaitan langsung dengan skandal ‘Burning Sun’, menurut SBS ‘The It’s Now’

Semalam tertular di media sosial apabila foto Ji Chang Wook yang dipetik bersama ‘Mama Lin’ atau Puan Lin, pelabur utama kelab malam ‘Burning Sun’ telah mendatangkan spekulasi kepada sebilangan netizen yang mendakwa kekerapannya ke dalam kedua-dua buah kelab malam, Arena dan Burning Sun itu adalah untuk melayani para pengunjung.

Namun, agensi Glorious Entertainment semalam terus bertindak pantas menafikan Ji Chang Wook mempunyai hubungan dengan ‘Mama Lin’, dengan menyatakan bahawa Ji Chang Wook hanya sekadar bergambar untuk memenuhi kemahuan peminatnya.

Semalam, pihak produser SBS ‘The It’s Now’ yang pertama sekali mendedahkan foto berkenaan di dalam slot rancangannya, turut mengesahkan bahawa Ji Chang Wook tak berkait langsung dengan skandal ‘Burning Sun’. Mereka hanya

“Adegan di mana foto Ji Chang Wook muncul itu adalah digunakan sebagai konteks untuk menerangkan pelabur kelab malam Burning Sun. Orang itu (Mama Lin) diketahui berkawan baik dengan beberapa selebriti Korea , ” kata produser rancangan berkenaan.

“Saya tak maksud pun Ji Chang Wook berkait dengan skandal ‘Burning Sun’. Maka, saya sahkan dia tak terlibat, ” tambahnya lagi.

Sementara itu, Ji Chang Wook akan menamatkan latihan ketenteraan pada 28 April 2019 ini.

Sumber: ytn

loading...