[Gempar] Ji Chang Wook digelar pelaris terunggul kelab Arena setelah gambarnya di sisi klien Seungri terbongkar

Program penyiasatan cenel SBS, ‘The It’s Know’ atau dikenali sebagai ‘Unanswered Question’ menerusi pengacaranya, pelakon veteran Kim Sang Joong, membuat suatu pendedahan mengejutkan pada malam semalam dengan melaporkan bahawa Ji Chang Wook mempunyai hubungan dengan Puan Lin, hartawan yang berasal dari Taiwan selepas gambarnya bersama Puan Lim diserahkan oleh tukang adu.

Puan Lin dikaitkan dengan skandal ‘Burning Sun’ kerana beliau memegang saham sebanyak 10% peniagaan kelab tersebut. Ia berdasarkan kenyataan daripada Seungri sendiri menerusi temuduganya dengan akhbar Chosun Ilbo petang semalam, tentang pemilikan saham ‘Burning Sun’ adalah seperti berikut; 42% saham daripada Le Méridien Seoul, 8% daripada Lee Sung Hyun, CEO Le Méridien Seoul, 20% daripada Yuri Holdings menerusi Yoo In Suk, suami Park Han Byul, 20% oleh Puan Lin dari Taiwan, dan baki 10% seterusnya adalah milik Lee Moon Ho. Hasilnya, Seungri tidak menafikan hubungannya dengan Puan Lin dan juga mengiyakan bahawa dia memiliki saham sebanyak 40% di dalam Yuri Holdings, syarikat yang diselia bersama Yoo In Suk dan Lee Moon Ho.

Ia serentak dengan kenyataan CEO Lee Moon Ho pada minggu lepas dalam panggilan telefonnya bersama ‘The Kyunghyang Shinmun’ mengatakan dia dan Seungri masing-masing memiliki saham sebanyak 10% dan 20%. Apa yang dimaksudkan oleh CEO Lee Moon Ho mengenai pemilikan saham Seungri adalah melalui proksi rakan bisnesnya, Yoo In Suk, CEO Yuri Holdings. Kedua-dua Yoo In Suk dan Seungri dilaporkan sebelum ini sebagai ‘bapa ayam’ yang menyediakan khidmat pelacuran kepada klien-klien mereka terutamanya dari luar negara berdasarkan keratan mesej ‘chatroom’ Kakaotalk terdedah tempoh hari.

Berdasarkan laporan SBS ‘The It’s Know’ itu, netizen menggelarkan Ji Chang Wook sebagai  ‘Crown Prince of Arena Club’ , atau dalam maksud lain, adalah pelaris terunggul disebabkan kekerapan beliau mengunjungi kedua-dua kelab itu dan menjadi rebutan pengunjung kelab. ‘Burning Sun’ merupakan kelab malam kedua dibuka selepas Arena setelah mencapai kata persetujuan di dalam parti harijadi Seungri bertempat di Palawan, Filipina. Puan Lin juga dikatakan hadir di atas kapisitinya sebagai pelabur utama.

Oleh yang demikian, pendedahan Ji Chang Wook yang mempunyai hubungan dengan Puan Lin dan kunjungannya ke dalam ‘Burning Sun’ diperkuatkan dengan tangkapan imej (‘screenshot’) komentar netizen (Knet) tak lama dahulu bahawa dia pernah melihat Ji Chang Wook berfoya-foya di kelab Burning Sun sekitar Oktober 2018 sewaktu Ji Chang Wook bercuti sekejap daripada menjalani latihan ketenteraan.

Sementara itu, program berkenaan turut mengulas tentang hubungan Seungri dengan Puan Lin dengan lebih lanjut dan bagaimana tertubuhnya ‘Burning Sun’ dengan pembahagian saham masing-masing. Menurut saksi-saksi ditemubual, Puan Lin memesan dua meja dengan set alkohol paling mahal sekali dengan menggunakan kelebihan suaminya yang merupakan kenalan kepada perdana menteri Taiwan.

Sumber: spottvnews , heraldpop , sport chosun (chosun-ilbo) , OSEN (Lee Moon Ho)

loading...