Jung Joon Young, artis Kpop pertama diberkas oleh polis dalam keadaan memalukan

Penyanyi Jun Joon Young (30 tahun) akhirnya diberkas oleh polis setelah mahkamah mengeluarkan waran tangkapan di atas kesalahannya merakam dan menyebarkan video seks tanpa kerelaan mangsa.

Hakim Lim Min Sung daripada Mahkamah Majistret Tengah Seoul,mengeluarkan waran tersebut pada 21 Mac jam 8.50pm tadi atas kesalahan melanggar Akta Jenayah Penderaan Seksual (“Exceptional Act on the Punishment of Sexual Assault Crimes“). Alasan penangkapan itu dijelaskan setelah memperolehi bukti cukup kuat bahawa suspek telah melakukan perbuatan tersebut dan menuntut bela kembali hak mangsa-mangsa yang teraniaya di atas perbuatannya itu. Jung Joon Young akan dibicarakan di mahkamah bermula esok.

Pada 18 Mac lalu, pihak polis telah memohon waran tangkapan daripada mahkamah setelah menganalisis bukti-bukti dan pengakuan tertuduh yang diserahkan kepada mereka. Jung Joon Young yang menyedari akan tindakan pihak polis itu hari ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka untuk kali terakhir di depan orang ramai pada lewat petang tadi.

Penangkapan Jun Joon Young menandakan buat pertama kalinya, artis Kpop yang disanjungi peminat selama ini diberkas oleh polis dalam keadaan memalukan. Jun Joon Young mula menceburi bidang nyanyian sejak menyertai kumpulan ‘indie’ LEDApple dan penyertaan beliau di dalam program realiti tv, Superstar K telah melonjakkan namanya di dalam industri kpop. Sejak daripada itu, ‘single’ solo nyanyian sentiasa menjadi rebutan peminat selain aktif berkecimpung di dalam KBS ‘1 Day 2 Nights’ sebagai anggota tetap.

Jung Joon Young pernah sekali terlepas pada tahun 2017 lalu selepas mangsa menarik balik aduan. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Perbuatan jijik dilakukannya pada tahun 2015 yang lalu telah terbongkar menerusi keratan mesej ‘chatroom’ yang disimpan di dalam telefon pintarnya sebelum tersebar kepada pihak media. Pembongkaran mesej ‘chatroom’ itu membawa kepada komplot rahsia bersama dengan Seungri, Choi Jong Hoon, Yoon Jun Hyung dan Lee Jong Hyun.

Sumber: sport chosun

loading...