Seungri disyaki telah ketagihan dadah semasa sambutan hari jadi di Palawan, Filipina

Pihak polis sememangnya sedang menyiasat berbagai-bagai dakwaan terhadap Seungri termasuklah menyelia aktiviti pelacuran secara haram, menggalakkan penyeludupan dadah, menculaskan diri daripada membayar cukai dan membiarkan kelab malam beroperasi tanpa mengikut undang-undang.

Menurut penyiasatan polis pada 20 Mac lepas, seorang tukang adu (‘whistblower’) telah menyaksikan Seungri menghisap dadah jenis kokaina dan membawa pelacur ke dalam majlis hari jadinya di pulau Palawan, Filipina. Apabila diajukan soalan ini kepada Seungri, Seungri hanya menjawab, “Saya nak jumpa orang itu depan-depan.” Peguambela Seungri juga turut menambah kenyataan tersebut seperti dilaporkan di dalam slot buletin utama SBS , 8 O’Clock News‘ bahawa Seungri sendiri mahu berjumpa dengan tukang adu itu dan sudi mengambil ujian pengesan pembohong (‘lie detector’) bagi membuktikan tuduhan itu tak benar.

Portal Dispatch sebelum ini telah memberikan kupasan lanjut tentang majlis hari jadi ini di mana Seungri dan rakan niaganya, Lee Mun Ho telah merancang untuk membuka kelab malam yang dinamakan sebagai ‘Burning Sun’ sebagai ganti kepada proksi kelab malam, ‘Monkey Museum’. Seungri, menurut Dispatch, telah menjemput puluhan kenalan-kenalannya hampir di seluruh Asia ke majlis hari jadinya di mana beliau disyaki telah menghiburkan mereka dengan dadah dan pelacur-pelacur yang direkruitnya sendiri. Selain itu, Seungri turut berbelanja besar melebihi $400,000 dolar.

Seungri sebelum ini sudah pun menjalani ujian air kencing dan darah pada 27 Februari lalu bagi mengenalpasti kandungan dadah di dalam badannya, dan kandungannya itu didapati negatif.

Sumber: mbn , spot tv news, allkpop (dispatch)

loading...