Seungri didapati sengaja benarkan budak bawah umur masuk kelab ‘Burning Sun’ untuk berhibur

Berdasarkan laporan MBC ‘Newsdesk’ semalam bertarikh 19 Mac, bukti mesej diperolehi pihak polis menunjukkan data kemasukan budak bawah umur ke dalam Burning Sun pada Julai pada tahun lepas.

Ibu kepada kanak-kanak itu yang lahir pada Januari 2000, pernah membuat aduan kepada pihak polis mengatakan anaknya masuk ke dalam Burning Sun pada pagi 7 Julai 2018. Kes itu ternyata berlaku dan cuba diserahkan pada pendakwaraya untuk dibicarakan di mahkamah. Tapi, menurut laporan MBC,  setelah pihak polis tiba di tempat kejadian, mereka tak menyiasat kewujudan pelajar tersebut sebaliknya menerima suapan daripada CEO Burning Sun, Lee Sung Hyun berjumlah 20 juta won (sekitar RM 72,186). Separuh daripada wang suapan itu dikongsikan bersama dengan kumpulan penyiasat yang menguruskan kes berkenaan.

Walaubagaimanapun, bukti kejadian itu diperolehi tiga bulan kemudian apabila mereka berborak menerusi telefon.

Encik Lee Sung Hyun : Aku tengah minum soju ini, cerita apa jadi pada ‘Hotel’ yang datang ke dalam kelab.

Encik Lee Sung Hyun : Nampaknya macam ada orang hubungi Seungri.

Encik Lee Sung Hyun : Sebab orang yang terlibat dalam aduan itu ialah Seungri, dia mungkin tahu.

Encik Lee Sung Hyun : Ya, Seungri memang dihubungi sebanyak dua kali.

Berdasarkan bukti percakapan telefon di atas, Lee Sung Hyun telah mengesahkan bahawa Seungri tahu akan kemasukan budak bawah umur ke dalam kelab kendalian mereka. Laporan MBC ini sekaligus mematahkan kenyataan dibuat oleh peguambela Seungri beberapa hari lepas memaklumkan bawah Lee Sung Hyun dan Seungri bukan kawan yang saling melaporkan antara satu sama lain.

Sementara itu, slot buletin utama SBS “8 O’Clock News” mencerahkan sedikit tentang kewujudan kelab malam proksi Seungri, Monkey Museum di mana tercetusnya interaksi ‘chatroom’ yang mengejikan sesama rakan-rakan selebriti termasuklah Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon Ft Island sebelum Seungri bergerak aktif di dalam kelab Burning Sun.

Encik Kim: Sebenarnya, kau tak boleh menari di atas pentas ini, tapi kau bekerja dengan bagus sekali.

Encik Park: Memang tak boleh. Tapi nak haramkan pun macam susah. Semua pun diam saja.

Seungri: Maksudnya, tak de apa-apa berlaku. Bila diorang serbu saja, kita bagilah duit.

Mengikut undang-undang Korea, Monkey Museum tidak boleh dibenarkan untuk beroperasi kerana berdekatan dengan kawasan perumahan dan Seungri telah dilaporkan mengutip keuntungan sebanyak 500 juta won (sekitar RM1,804,650) pada hari pembukaan. Monkey Museum beberapa kali terlepas dalam pemeriksaan pihak berkuasa secara mendalam termasuklah senarai harga makanan dan jenis makanan yang ditawarkan telah melanggar akta Sanitasi Makanan, selain hanya dikehendaki membayar denda serendah 40 juta won  (sekitar RM144,372) saja untuk beroperasi tanpa lesen.

Seungri sebelum ini masih belum ditahan polis kerana tidak cukup bukti. Testimoni mesti diperolehi daripada saksi-saksi untuk mendakwanya atas kesalahan merekruit pelacur secara haram di bawah kapasitinya sebagai pengarah kelab Burning Sun.

Sumber: sbs report , sport seoul

loading...