Drama bertemakan panggilan kecemasan, ‘Secret’ satukan Park Hae Jin, Jo Bo Ah, Jung Yeon Ju & Kim Eun Soo bersama

Dari kiri: Jung Yeon Ju, Park Hae Jin, Jo Bo Ah, & Kim Eun Soo

Setelah drama ‘Four Men’ berhadapan dengan masalah pengurusan sehingga terbengkalai, akhirnya Park Hae Jin akan kembali berlakon dalam drama baru yang berjudul ‘Secret’ terbitan produksi sendiri, Mountain Entertainment. Antara pelakon lain yang turut menerima tawaran lakonan termasuklah Jo Bo Ah, Kim Eun Soo dan Jung Yeon Ju.

Park Hae Jin akan memegang watak utama bernama Kang San Hyuk, bekerja sebagai ahli kumpulan kecemasan 119 dan merupakan seorang sangat berdedikasi tinggi. Beliau pernah mengimpikan untuk mengumpulkan aset bernilai 5 trillion won. Walaupun berperangai materialistik, beliau akan ke hadapan dalam menyelamatkan mangsa yang membuat panggil kecemasan 119.

Jo Bo Ah pula sebagai doktor bernama Jung Yung Jae yang mencapai kebahagian setelah menyertai ‘Minryung Forest’, komuniti di mana mereka yang mengalami penderitaan berkumpul bersama. Berdasarkan maklumat awal, Jo Bo Ah tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang tawaran lakonan ini.

Jung Hyeon Ju pula sebagai pegawai kerajaan berpangkat penguasa, terdiri daripada keluarga daripada golongan professional. Ayahnya bekerja sebagai pegawai cukai manakala abang dan adiknya pula masing-masing bekerja sebagai pegawai kastam dan polis marin.

Kim Eun Soo pula sebagai ahli termuda kumpulan kecemasan 119, berjaya melepasi kemasukan setelah bersaing hebat dengan beberapa orang calon lain yang lebih berpengalaman dan tua daripadanya. Ini merupakan drama pertama Kim Eun Soo sejak menjadi model Seoul Fashion Week.dan direkruit oleh Mountain Entertainment.

‘Secret’ yang belum mendapat tayangan dalam mana-mana cenel lagi, berkisarkan tentang sekumpulan orang yang menyertai  ‘Minryung Forest’ sebagai tempat untuk mereka memulihkan kesakitan akibat penderitaan dialami selama ini, dan berazam untuk mencari kebahagian di masa hadapan. Drama ini mungkin mirip dengan siri ‘The Voice’ tapi diselaraskan dengan kewujudan ‘Minryung Forest; bagi membantu kumpulan kecemasan 119 dalam menyelesaikan misi mereka mencari orang yang mengalami kesusahan.

‘Secret’ akan diarahkan oleh Oh Jong Rok (“SBS Piano”,”SBS Style”,”SBS Daemul”) dan ditulis oleh Lee Sun Young, serta bakal disiarkan selepas pertengahan tahun ini.

Sumber: sport donga 1 , sport donga 2tv report , sport mk

loading...