TOP 5 Pasangan “Bromance” korea menjadi idaman hati

Bromance” atau hubungan rapat antara saudara lelaki bukanlah sesuatu yang asing di kalangan selebriti Korea. Malahan ada  hubungan  “bromance” di dalam k-drama yang berjaya memenangi kategori “Pasangan terbaik ”.

Kali pertama ialah di Anugerah Kbs Drama  tahun 2010 melalui drama “Sungkyunkwan Scandal”.Pasangan terbaik telah di menangi oleh Song Joongki dan Yoo Ah In. Anugerah ini turut juga  dimenangi oleh Jisung dan Park Seo Joon  di MBC drama awards tahun 2015 melalui drama “Kill Me, Heal Me”.  Bagaimana pula dengan hubungan “bromance’ di luar kaca tv? Berikut adalah 5 hubungan “bromance” yang dikenali ramai:

1) Ong Seong Woo dan Kang Daniel

Kedua-dua bekas ahli Wanna One in rapat sejak mereka menjalani uji bakat di Produce 101. Sehinggakan mereka digelar “ Ongniel” oleh peminat mereka. Mereka juga pernah muncul bersama di dalam rancangan variety “ Master Key “.Kedua-dua mereka kini bergerak secara solo. Namun, Kang Daniel masih bergelut dengan pihak pengurusan  sementara Ong Seong Woo akan mengadakan majlis perjumpaan peminat di Bangkok, Singapura serta Kuala Lumpur.

Aduh pening! Majlis perjumpaan peminat Ong Seong Woo  jatuh pada hari yang sama dengan Nam Joo Hyuk pada Sabtu ini . Ada lagi 5 hari untuk anda buat keputusan. Tiket majlis “Eternity”  Ong Seong Woo boleh dibeli sini.

2) Nam Joo Hyuk dan Jisoo

View this post on Instagram

조으다😀😄

A post shared by Jisoo (@actor_jisoo) on

Kedua-dua pelakon lelaki yang semakin meningkat naik ini juga rapat selepas berlakon di dalam drama “ Scarlet Heart Ryeo” sebagai adik beradik keluarga diraja.  Mereka saling menghadiahkan trak makanan di set drama masing-masing untuk memberi sokong. Jisoo juga pernah muncul sebagai cameo di dalam drama Joo Hyuk “ Weighlifting Weight Fairy”. Mereka juga turut muncul drama rancangan variety “ Bromance” bersama

Klip Video rancangan “Bromance” :

Ini ialah hari ke 5 sebelum  “Nam Joo Hyuk  Fanmeeting Current In Kuala Lumpur” . K-mania pun ada beri tiket untuk majlis ini. Tahniah pada yang berjaya.Yang tidak berjaya , anda masih lagi boleh memperolehi tiket fanmeeting Nam Joo Hyuk di sini.

3) Park Bo Gum dan V ( BTS)

Kedua-dua mereka berkenalan apabilan Bogum menjadi hos rancangan “Music Bank”.  Mereka berdua turut juga memuat naik gambar mereka bercuti bersama di Jeju. Nampaknya kedua-dua boleh saling memberi tips apabila Bogum turut memulakan kerjaya nyanyian di Jepun dan V yang pernah berlakon di dalam drama “Hwarang”. Kedua-dua mempunyai populariti yang sama mantap apabila Coca-cola mengambil Bogum dan BTS sebagai jurucakap mereka di Korea.

Jangan lupa ada 12 hari lagi sebelum “Park  Bo Gum Good Day in Kuala Lumpur” . Cepat-cepat dapatkan tiket sebelum terlambat. Semua peminat yang hadir berpeluang untuk “Hi-5”  Park Bo Gum.

Baca lagi :  https://kmania.info/2019/02/18/macam-belangkas-kemana-saja-park-bo-gum-pergi-di-situ-juga-taehyung-bts-berada/

4) Lee Jong Suk dan Kim Woo Bin

Kedua-dua hero ini sudah mengenali satu sesama lain sejak dari dunia modelling, mereka bertambah rapat selepas berlakon di dalam drama “ School 2013”. Drama ini menampilkan tema persahabatan dan pahit getir pelajar pelajar sekolah menengah. Mereka berdua saling menjadi artis jemputan untuk perjumpaan peminat masing-masing. Sehingga kini,persahabatan mereka semakin utuh apabila ada peminat yang terserempak dengan Woo Bin yang kini berehat untuk rawatan di kafe kepunyaan Lee Jong Suk. Harapnya mereka kembali  berlakon bersama selepas Jong Suk tamat perkhidmatan awam dan Woo Bin sihat sepenuhnya.

Baca lagi :https://kmania.info/2019/03/08/selamat-menjalankan-tugas-demi-negara-lee-jong-suk/

5) Lee Kwang Soo dan Song Joong Ki

Kedua-dua mereka berkenalan di set “Running Man”. Walaupun Lee Kwang Soo sering diusik oleh ahli Running Man yang dia hanya menumpang populariti Joongki, persahabatan mereka tetap utuh. Setakat ini Kwang Soo setiap tahun akan muncul sebagai artis jemputan di majlis perjumpaan peminat Joongki. Malahan Joongki juga pernah bergurau di set “Descendants of the Sun” apabila mengukir nama Kwang Soo di atas batu di Greece ( yang sepatutnya hanya untuk kekasih). Semoga Kwang Soo tidak tersingkir “out” dalam persahabatan yang sudah lama terjalin ini.

Akhir kata, kawan rapat boleh memberi semangat antara satu sama lain. Namun jika salah langkah habis semua tergadai. Isu-isu minggu lalu adalah bukti “Bromance” yang memalukan dan harus dikutuk. Harap-harap kesemua selebriti kesayangan mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Yang mana satu pilihan kalbu?