Lee Min Ki akan menjadi detektif polis untuk drama terbaru OCN All Lies ?

Lee Min ki akan kembali semula ke dalam industri drama korea selepas jtbc ‘Beauty Inside’. Beliau sedang mempertimbangkan tawaran drama terbitan OCN diberi judul sebagai ‘All Lies’ (tajuk diterima secara literal saja)  dengan positif sekali.

Beliau bakal memegang watak sebagai detektif polis bernama Jo Tae Sik  yang berkerja untuk balai polis terbesar di Korea, Seoul Metropolitan Police Agency. Jo Tae Sik seorang yang sangat sensitif tapi penuh dengan motivasi untuk menyelesaikan kes-kes kriminal.

Pada suatu hari, beliau ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan suami kepada ahli politik, yakni wakil rakyat parlimen Korea yang didapati hilang selepas ayahnya meninggal dunia.

Drama ini bakal mendapat sutradara wanita sebagai pengarahnya iaitu Lee Yoon Jung yang pernah mengarahkan drama seperti MBC Coffee Prince, tvN Cheese In The Trap dan tvN Argon. Ia bakal ditulis oleh Jeon Young Shin dan Won Yu Jung. Ia akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2019.

Sumber: IS Plus

loading...