Park Ji Hoon, Lee Shin Young, Kang Min Ah, Na In Woo & Kwon Eun Bin CLC disatukan untuk drama KBS terbaru, ‘Blue Spring From A Distance’

May be an image of 5 people and text

Park Ji Hoon, Lee Shin Young, Kang Min Ah, Na In Woo & Kwon Eun Bin CLC sudah pun menyatakan kesudian mereka untuk berlakon bersama di dalam drama terbaru KBS berjudul ‘Blue Spring From A Distance’.

Diadaptasikan daripada webtoon ‘Meorliseo Bomyun Peureun Bom’ karangan Ji Nyoong, KBS Blue Spring From A Distance berkisarkan tentang kehidupan pelajar di universiti yang cuba untuk menghadapi kesukaran hidup demi menggapai kejayaan kerana beranggap segala kemanisan yang dikecapi waktu muda ini tidaklah seindah seperti dibayangkan.

Park Ji Hoon, bekas ahli Wanna One yang amat dikenali kerana lakonannya di dalam jtbc Flower Crew dan drama web ‘Love Revolution’ ini, bakal membawakan watak pelajar tahun pertama universiti bernama Yeo Joon. Meskipun penampilannya yang comel dan ceria, Yeo Joon acapkali disalahanggap sebagai seorang periang, padahal dirinya yang sebenar tengah menderita akibat tidak mendapat kasih sayang mencukupi daripada ibubapanya yang kaya-raya.

Semua sedia maklum dengan penampilan Kang Min Ah di dalam tvN True Beauty sebelum ini. Beliau akan membawakan watak Kim So Bin, pelajar tahun ketiga yang begitu jujur dan ikhlas di dalam berkawan. Kim So Bin yang kini tinggal dengan ayah tunggal selepas ibu bapa nya bercerai, perlu mengimbangkan kehidupan keluarganya dengan pembelajaran demi membalas balik pengorbanan ayahnya yang menjaganya sejak kecil.

Lee Shin Young yang dikenali kerana drama tvN Crash Landing On You, pula bakal memegang watak Nam Soo Hyun, seorang yang begitu pandai dan sempurna di dalam pelbagai aspek. Kekurangannya ialah kemiskinan yang menyebabkan dirinya terpaksa membanting tulang membantu keluarganya dan bersikap sinis terhadap orang lain.

Na In Woo yang telah menambat hati penonton menerusi drama tvN Mr. Queen pula akan memainkan watak Yeo Jun Wan, abang kepada Yeo Joon yang ditakrifkan sebagai seorang yang mampu membuat pertimbangan yang baik di atas segala tindakan yang dilakukannya.

Akhir sekali, Kwon Eun Bin daripada kumpulan CLC ini pula tidak dedahkan memegang watak apa. Kwon Eun Bin pernah membuktikan lakonannya di dalam MBC Bad Papa dan KBS Do Do Sol Sol La La Sol sebelum ini.

KBS Blue Spring From A Distance yang bakal mendapat khidmat sutradara baru, Kim Jung-Hyun ini dijadualkan tayangannya pada pertengahan 2021.

Sumber: newsis, spottvnews ,money today

loading...