Setelah disabitkan oleh media Korea sebagai sebagai seorang suspek rakaman video secara haram menerusi keratan mesej KakaoTalk milik Jung Joon Young semalam, agensi FNC menghubungi Lee Jonghyun bagi mendapatkan keterangan daripada pihaknya.
Berikut ialah kenyataan panjang lebar oleh agensi FNC,
Pada 12 Mac, kami ada mengeluarkan kenyataan mengenai Lee Jonghyun, “Hubungannya dengan artis-artis terlibat hanya sekadar kawan biasa, dia tiada kaitan pun dengan insiden terbabit.”
Sebelum mengeluarkan kenyataan itu, kami menghubungi Lee Jonghyun yang sedang menjalani latihan ketenteraan yang mana telah pun bekerjasama dengan pihak polis untuk disiasat pada tengah hari 12 Mac. Pada masa itu, lebih kurang 20 mesej dua hala ditunjukkan oleh pihak polis, tapi mereka tiada bukti bahawa Lee Jonghyun menyebarkan video itu, menerima video, atau menghasilkan mesej berunsur lucah, maka dia sampaikan apa yang dijelaskan kepada pihak kami.
Dia juga mengatakan dia sudah meninggalkan ‘chatroom’ itu sekian lama, dan sukar untuk mengingati apa yang berlaku pada empat hingga lima tahun lalu. Kami hanya menyampaikan apay dia ingat saja. Kami tiada sebab untuk menyembunyikan kebenaran.
Sebaik laporan daripada SBS terdedah, kami menghubungi Lee Jonghyun dan akhirnya dia mengaku terlanjur dan apa yang dilaporkan itu benar. Dia sedang bermuhasabah diri atas kritikan dan kecaman diterima akibat menonton video lucah berkenaan menerusi KakaoTalk, berbicara mengenai fantasi seks, dan juga merendah-rendahkan kaum hawa seperti dilaporkan. Dia berasa sungguh kesal dan berharap permohonan maafnya dapat meredakan kesakitan hati mereka yang terkesan daripadanya.
……
Sementara itu, mengikut pengamatan kami di instagramnya, Lee Jonghyun telah pun memadamkan segala gambar yang dimuatnaiknya. Beliau pernah mengemaskini gambar instagramnya pada awal Februari lalu melahirkan rasa sukarnya untuk menerima hakikat apabila masuk umur 29 tahun.