Dunia kpop dikejutkan dengan Lee Jong Hyun CNBLUE ‘bintang porno’ seterusnya

Netizen seakan-akan tak percaya apabila mendapati penyanyi idol berwajah tampan ini juga merupakan salah seorang yang berkuntum di dalam laman ‘chatroom’ KakaoTalk yang turut dihuni oleh Seungri, Jung Joon Young, dan Choi Jong Hoon (bekas FT Island) setakat ini. Lebih memeranjatkan lagi, kewujudannya di dalam ‘chatroom’ itu bukan setakat berbicara tentang fantasi seks, malah tanpa rasa malu Lee Jong Hyun dengan penuh keji sekali cuba menjerat gadis belum dirobek kesuciannya itu lagi dari pengetahuan gadis itu.

Berikut merupakan keratan mesej yang dipaparkan oleh SBS’ ‘8 O’Clock News’ .

(AMARAN: Penulis menyarankan pembaca yang sudah berfikiran matang saja boleh menelaah keratan mesej di bawah)

Choi Jong Hoon berkongsi gambar seorang wanita yang sedang pengsan (kemungkinan ditidurkan).

Mr. Heo : Siapa dia? Badannya gila sedap.

Choi Jong Hoon:  ‘Betina’ yang sama datang semalam.

Lee Jong Hyun : Oh semalam, Aku yang f*ck dia.

 

Kemudian, peti mesej seterusnya di antara Jung Joon Young dengan Lee Jong Hyun.

Jung Joon Young : Cantik. Kenalkan kat aku pulak.

Lee Jong Hyun : Hantarkan aku betina cepat.

Jung Joon Young : Sapa yang aku patut cari untuk kau?

Lee Jong Hyun : Kalau kau dapat betina yang kau belum f*ck dia lagi, ia lebih baik. Kalau tak de, cari yang betul-betul lawa.

Selang beberapa hari kemudian, Lee Jong Hyun meminta sesuatu lagi daripada Jung Joon Young.

Lee Jong Hyun : Kau ada lagi tak betina yang muda, cantik dan lurus? Yang boleh aku suruh main itu ini (diselangi dengan ikon gelak tawa)

Ada juga mesej lain berbunyi begini menunjukkan Lee Jong Hyun sudah selesai melakukan seks sambil membuat rakaman.

Lee Jong Hyun: Keluarkan perempuan ini cepat, buat macam ini xxx. Kalau kau tak de abang, pasti kau punyai xxx (faraj/payu dara) yang cantik.

Lee Jong Hyun bersama Jung Joon Young.

Berdasarkan keratan mesej di atas, sekelompok netizen menyimpulkan bahawa Lee Jong Hyun seorang yang gila seks. Ia sememangnya mengejutkan peminatnya yang menyangka beliau seorang yang ‘cool’ dan jarang menimbulkan kontroversi selama ini. Kesan daripada pendedahan tersebut, tular di media sosial sejak tengah malam tadi apabila nama Lee Jong Hyun dibangkitkan ribuan kali oleh pengguna twitter seakan-akan masih sukar untuk mempercayai hakikat tersebut.

Agensi FNC sebelum ini menafikan penglibatan Lee Jong Hyun dalam skandal perkongsian video seks di laman ‘chatroom’ KakaoTalk dengan Seungri sebagai ‘bapa ayam’nya. Namun, dengan pendedahan ini, ia menunjukkan betapa hipokritnya agensi tersebut melindungi artis-artis di bawah jagaannya. FNC telah menggugurkan Choi Jong Hoon tengah hari tadi selepas didesak peminat FT Island.

Lee Jong Hyun sedang menjalani latihan ketenteraan sejak Ogos lalu selepas selesai membintangi drama That Man, Oh Soo.

Sumber: sport hankooki , sport chosun

loading...