JUS2 bukan klon JJ Project, namun tampilkan sisi berbeza GOT7

JB dan Yugyeom dari Got7 adalah kumpulan unit terbaru dari GOT7! Pada 4 Mac yang lalu, mereka telah ditemubual oleh Mydaily  mengenai unit mereka – JUS2.

Kedua-dua ahli menyatakan dengan bangga mereka telah pun bekerjasama dari mula hingga akhir untuk menyiapkan  album mini mereka – ‘Focus’ . Mereka sangat berpuas hati album ini akan menampilkan sisi terbaru mereka yang belum pernah ditampilkan sebelum ini.

Yugyeom juga menjelaskan bahawa nama unit mereka adalah satu perkataan kombinasi ringkas ” Just” dan “Two” . “Hanya mereka berdua” . Apabila ditanya mengenai perbezaan unit mereka dengan JJ Project yang dianggotai oleh JB dan Jinyoung. JB menjelaskan mesej dalam album JJ Project agak berat. Ia berkisarkan kegusaran diri dan membuat anda berfikir apabila mendengar lagu-lagu berkenaan.

JUS2 pula bermula dengan idea untuk menghasilkan lagu-lagu yang menyeronokkan. Konsep utama mereka ialah deria. Lagu ” Focus On Me” adalah melibatkan penglihatan. “Drunk On you”  mengenai deria bau, “Touch” mengenai sentuhan, “Senses” mengenai deria ke 6, “Love Talk  berkisar pendengaran dan “Long Black ” adalah deria rasa.

Kedua-dua ahli juga menekankan bahawa ianya adalah konsep yang berbeza dengan GOT7. Mereka ingin menonjolkan sesuatu yang baru. Konsep yang dipilih ialah sensual dan seksi. Mereka memilih lagu yang berentak perlahan berbeza dengan lagu-lagu hits GOT7 sebelum ini.

Mereka juga menyatakan mereka semakin rapat selepas berkerjasama sebagai JUS2. Yugyeom juga pelik kenapa mereka tidak bekerjasama dari awal kerana mereka mempunyai citarasa muzik yang sama. Dia juga memuji JB yang berani membuat sesuatu  yang tidak dijangkakan. JB pula menyatakan kelebihan Yugyeom ialah dia tidak pernah risau. Dia akan selalu menyatakan “Cuba dahulu”  dan terus bekerja.

JUS2 juga akan membuat jelajah persembahan di negara-negara terpilih.  Maaf Malaysia tidak termasuk, tapi anda boleh berkunjung ke negara-negara jiran terdekat iaitu :

21 April –  Jakarta, Indonesia

27-28 April –  Bangkok, Thailand

4 Mei – Singapore

Focus telah pun berada di pasaran 5 mac lalu. Muzik Video “Focus on Me ”  telah pun mencecah 25 juta tontonan.

Video latihan tarian JUS2 juga telah disiarkan sebagai bonus atas 25 juta tontonan “Focus On Me “. Selamat maju jaya JUS2 ! Harap-harap GOT7 dan JUS2 juga akan fokus pada Malaysia untuk destinasi promosi di masa hadapan.

Sebagai tambahan, drama terbaru lakonan Jinyoung “He Is Psychometric” akan bersiaran dirangkaian tvN mulai 11 Mac ini.

Sumber : Naver, Got7 Official Twitter, JYP

Photo credit as appeared.

loading...