Selamat menjalankan tugas demi negara, Lee Jong Suk

Hari ini menyaksikan Lee Jong Suk akan memulakan perkhidmatan ketenteraannya. Beliau akan berkhidmat selama lebih kurang dua tahun dan dijangka menamatkan tugasnya pada Januari 2021. Pasti ramai peminat akan merinduinya.

Lee Jong Suk akan berkhidmat sebagai pekerja sosial awam berikutan aktor tersebut pernah terlibat dalam sebuah kemalangan sehingga mengakibatkan kecederaan dibahagian ligamen atau ACL (anterior cruciate ligament). Oleh yang demikian, atas faktor berkenaan Lee Jong Suk dianggap tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai askar aktif.

Lee Jong Suk tidak akan menjalani induksi khusus latihan fizikal seperti yang lain namun akan menerima latihan asas ketenteraan umum sebelum ditempatkan ke lokasi berkhidmat oleh bahagian sumber manusia jabatan ketenteraan.

Beliau pernah memberitahu media sekitar penghujung Februari lepas, “Ya, tarikh untuk saya memulakan tugas sebagai tentera telah pun tiba. Saya akan menjalankan tugas saya dengan baik dan penuh integriti.” Beliau memilih untuk memasuki pusat latihan dalam keadaan yang privasi seperti orang biasa. Tiada sebarang maklumat mengenai lokasi latihan, waktu melapor diri diberitahu kepada media kerana Lee Jong Suk ingin memulakan tugasnya dengan aman seperti yang sering dilakukan oleh selebriti lain.

Lee Jong Suk memulakan kerjayanya sebagai seorang model dan mula menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2010 menerusi drama “Prosecutor Princess’. Selain itu, beliau juga turut membintangi drama ‘Secret Garden’, ‘School 2013’, ‘I Can Hear Your Voice’, ‘Dr. Stranger’, ‘Pinocchio’, ‘W Two Worlds’ (W), ‘While You Were Sleeping‘ dan drama pendek ‘Hymn of Death‘.

Manakala drama terakhir lakonan Lee Jong Suk dan masih lagi bersiaran adalah “Romance Is A Bonus Book” . Ketika acara sidang media drama tersebut pada 21 Januari lepas, beliau memberitahu media, “Saya akan memasuki khidmat tentera tahun ini. Oleh itu, saya akan lakukan drama ini dengan sebaik mungkin dan ini adalah pertama kali saya memilih drama bertemakan romantik komedi,”. “Romance Is A Bonus Book” baru sahaja tamat pengambarannya pada 27 Februari lepas dan akan bersiaran dirangkaian tvN setiap Sabtu dan Ahad pada jam 9.00 malam. Drama ini juga menyaksikan penyatuan Lee Jong Suk dengan idolanya merangkap wanita ideal pilihannya, Lee Na Young dan beliau membawakan watak sebagai Cha Eun Ho seorang ketua editor yang muda, bersemangat, genius dan punya pakej yang lengkap. Drama ini berlatarbelakangkan perjalanan hidup mereka disyarikat penerbitan.

Kami mengucapkan Selamat Berkhidmat kepada Lee Jong Suk. Semoga beliau akan kembali sebagai Lee Jong Suk yang lebih matang dan maskulin.

Sumber : News1 |

loading...