“Panggil saya bila-bila masa saja” – Seungri BigBang sahkan ‘enlistment’ lebih awal pada 25 Mac 2019

Seungri Big Bang dilaporkan telah mengesahkan kemasukan ke dalam khidmat negara bermula 25 Mac 2019 ini. Walaupun berhadapan dengan berbagai-bagai kontroversi terutamanya berkenaan skandal ‘Burning Sun’ sebagai bapa ayam dan tuduhan culas membayar cukai, namun kesemuanya tak mampu menghalang Seungri untuk berkhidmat untuk negaranya selama dua tahun.

Menurut jurucakap YG, “Seungri sudah lama memohon untuk ujian kemasukan polis sejak Januari 2019. Tapi (disebabkan beberapa isu), beliau akan menyertai ketenteraan untuk mengelakkan salah faham lagi.”

“Panggil saya bila-bila masa saja , ” tegas Seungri meyakinkan bahawa dirinya tak bersalah selepas disoal-siasat polis selama lebih 8 jam pada minggu lepas.

Walaubagaimanapun, siasatan polis tetap dijalankan meskipun Seungri sedang berkhidmat. Bukti mesej ‘KakaoTalk’ sudah diserahkan pertama kali kepada Jabatan Anti-Korupsi Negara untuk dianalisa dan disemak selain untuk memberi perlindungan kepada tukang adu (“whistleblower”) disebabkan perkaitanan sebilangan polis di dalam mesej tersebut. Jabatan Polis Seoul kemudiannya, menerima bukti berkenaan dalam bentuk Excel.

Setakat ini, beberapa portal media di Korea meragui pengakuan dibuat oleh Seungri kerana beliau hanya menafikannya tanpa boleh membuktikan dirinya tak bersalah dalam kesemua tuduhan dilemparkan ke atasnya.

Sumber: sport chosun , korea herald

loading...