“Hi, ini Jungkook hyung..” – Jungkook BTS gelarkan dirinya ‘abang’ TXT secara rasmi

Kumpulan BTS mengadakan lawatan turun padang bagi memberikan sokongan moral buat ‘adik’ baharu mereka, TXT yang bernaung di bawah agensi sama, Big Hit Entertainment. TXT yang terdiri daripada lima orang ahli – Yeongun, Soobin, Beomyu, Taehyun, dan Huening Kai baru saja debut dengan single ‘Crown’ empat hari lepas.

Sebaik saja gambar dimuatnaik oleh twitter rasmi kumpulan itu, “Tomorrow, X Together” semalam yang menyaksikan BTS duduk bersama dengan TXT di dalam satu ruang tamu, kapsyen itu terus disokong dengan ribuan ciapan. TXT mengucapkan terima kasih kepada ‘senior’ mereka yang sanggup turun padang meskipun sibuk dengan jadual yang sangat padat.

Lebih menarik lagi, Jungkook BTS menerusi laman twitter rasmi “BTS_twt” membalas kapsyen tersebut dengan ucapan berbunyi begini , “Hi, Jung Kook hyung di sini. Jangan jatuh sakit, sentiasa berjuang.” Ciapan tersebut dengan label “Jungkook Hyung” menjadi tular dalam senarai sohor kini twiiter Malaysia, dan kekal ciapan terbanyak selama lebih 9 jam. Umum diketahui, hyung bermaksud ‘abang’ yang biasanya digunakan lelaki semasa lelaki di dalam bahasa korea.

Ia sesuatu istimewa buat peminat mereka, ARMY kerana Jungkook merupakan ahli BTS paling muda sekali sehingga digelar sebagai ‘Golden Maknae’. Setelah bertahun-tahun memegang gelaran  ‘adik’ di dalam kumpulan BTS itu, malah di Big Hit sekalipun, akhirnya Jungkook boleh berasa lega. Kewujudan TXT sedikit sebanyak telah mengubah tanggapan bahawa Jungkook bukan lagi paling muda, dan balasan ciapannya semalam telah menyakinkan ARMY apabila Jungkook tanpa segan silu memanggil dirinya abang.

Dari kiri: Taehyun, Yeongun, Beomgyu, Yeongun dan Huening Kai

 

Single ‘Crown’ oleh TXT semalam telah berjaya mencipta rekod video ‘debut’ paling banyak tontonan dalam 24 jam mengatasi rekod dipegang oleh ITZY, Dalla Dalla.

Sumber: twitter

loading...