Peminat ‘sasaeng’ bertudung ini memeluk erat Asad Motawh di depan khalayak ramai

Kejutan berlaku di Malaysia petang semalam apabila seorang gadis bertudung, yakni peminat sasaeng, telah bertindak memeluk erat Asad Motawh di depan penonton semasa beliau sedang mengadakan jelajah konsert ‘The Percaya Tour’ di pusat membeli belah The Curve, Petaling Jaya.

Video itu dimuat naik oleh penyanyi berusia 18 tahun itu sendiri melalui laman sosial instagram nya menyaksikan seorang gadis meluru naik ke atas pentas lantas memeluk Asad Motawh sebelum terjatuh. Walaubagaimanapun, Asad Motawh mengakui dia tak mengalami sebarang kecederaan dan sambung menyanyi sebaik saja gadis itu dibawa turun oleh pengawal yang bertugas.

Menurut laporan mstar, Asad Motawh berkata, “…Saya bernasib baik pihak berkuasa pantas menghalang wanita tersebut daripada bersikap lebih agresif…Saya juga mengalami sedikit kesakitan apabila dipeluk erat sehingga hampir terjatuh.” Tambah lagi, Asad Motawh mahu menemui peminatnya itu sekiranya diberikan kesempatan di kemudian hari.

Video penuh kontroversi itu tular di laman media sosial semenjak malam tadi sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Ada sesetengahnya netizen berpendapat bahawa ia sekadar gimik daripada penyanyi tersebut untuk melariskan produk nyanyiannya, manakala yang lain pula mengecam perbuatan gadis itu yang terlalu obses kepada penyanyi sehingga melanggar batas-batas ketimuran.

Asad Motawh merupakan salah seorang penyanyi idol popular di Malaysia selain Aiman Tino, Ismail Izzani, Sufian Suhaimi dan Haqiem Rusli. Walaupun memiliki wajah agak tampan ala-ala campuran Arab dan juga agak kreatif dalam mempromosikan ‘single’, namun teknik nyanyiannya yang hauk sering mendapat kecaman daripada netizen. Kendatipun begitu, ia tak mematahkan semangat Asad Motawh untuk terus menyanyi dan dipuja peminatnya.

Sumber: Instagram Asad Motawh , Mstar

loading...