Ekoran kecederaan Kim Nam Gil, pengambaran ‘Fiery Priest’ ditangguhkan

Nampaknya tunggak utama drama SBS ‘Fiery Priest’ atau ‘Hot Blooded Priest’ dikhabarkan telah mengalami kecederaan lagi semasa pengambaran drama tersebut. Drama ini digemari ramai kerana mendapat rating penonton melebihi 10 peratus dan terkini mencapai 17.2 peratus.

Pada 2 Mac, media melaporkan bahawa pelakon tersebut telah mengalami kecederaan pada tulang rusuknya semasa pengambaran drama berlangsung. Agensi Kim Nam Gil, C-Jes Entertainment mengesahkan berita tersebut dan menyatakan, “Semasa pengambaran adengan aksi untuk episode akan datang, aktor tersebut mengalami keretakan pada tulang russuknya dan kini masih lagi mendapatkan rawatan di hospital. Pengambaran yang dijadualkan pada esok hari terpaksa dibatalkan.”

Agensinya turut menerangkan kepada media, “Syarikat produksi dan kakitangan perubatan kini sedang berbincang bilakah masa yang sesuai untuk Kim Nam Gil akan kembali ke set pengambaran. Kami sedang menunggu keputusan penuh CT scan dan beberapa ujian lain petang ini sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan berkaitan jadual terbaru Kim Nam Gil.”

Sebelum ini aktor tersebut pernah mengalami kecederaan di jari dan pergelangan tangannya semasa menjalani pengambaran drama yang sama. Ia menjadikan ini kecederaan yang ketiga buatnya dan paling teruk. Aktor ini membawakan watak paderi yang mengalami masalah pengurusan kemarahan dalam “The Fiery Priest,” di mana drama ini banyak melibatkan adengan aksi.

Apapun, jangan lupa untuk saksikan ‘The Fiery Priest” setiap Sabtu dan Ahad jam 6.10 petang di ONE HD Ch 393. Semoga cepat sembuh dan kembali beraksi Kim Nam Gil.

Sumber : Naver | Naver

loading...