Pasangan selebriti Korea, Ryu Philip, idol daripada kumpulan Tria:al dan Mina, juga bekas seorang penyanyi idol tua tak terlepas daripada sebarang kontroversi. Walaupun umur mereka agak jauh berbeza dipisahkan dengan 17 tahun dengan Ryu Philip lebih muda daripada Mina, mereka tetap melangsungkan perkahwinan pada Jun 2018 lepas. Mereka ibarat Che Ta dan Zain Saidin di Malaysia.
Pada hari ini, Mina memuatnaikkan gambar di laman instagram nya mengakui mereka baru bergaduh atas hal remeh-temeh berkenaan dengan pisau, tapi akhirnya mereka berbaik semula. Kelihatan wajah Ryu Philip yang keanak-anakan dan tampan itu telah hilang seri kerana calar-balar akibat dibelasah oleh Mina.Tak diketahui samada tindakan mereka itu dibuat sekadar untuk meraih perhatian tapi perbuatan Mina itu boleh dianggap sebagai penderaan fizikal terhadap suami.
Pasangan ini pernah muncul di dalam rancangan realiti tv KBS ‘The Living Men Season 2’ menceritakan serba-sedikit kehidupan rumah tangga mereka. Dalam rancangan itu, Ryu Philip pernah mengakui isterinya sedikit kurang matang walaupun isterinya itu sudah berusia lebih 40-an tapi disebabkan kekurangan diri masing-masing, mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
Sumber: Instagram Mina