BTS dilaporkan menyertai majlis ‘Grammy Awards’ ke-61 yang akan berlangsung pada 10 Februari 2019 di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Mereka akan hadir untuk mengumumkan calon-calon anugerah tertentu dan menyampaikan anugerah itu sendiri kepada pemenangnya di atas pentas. Buat masa ini, anugerah itu masih dirahsiakan namanya, menurut laporan oleh Variety.
BTS pernah menyampaikan hasrat untuk menyertai anugerah Grammy samada melalui hasil kerja yang tercalon, mahupun melakukan persembahan ataupun menyampaikan anugerah di atas pentas. Hasrat itu disebut secara spontan oleh Min Yoongi (Suga) apabila ditanya apa lagi yang belum dicapai BTS sewaktu mengadakan temubual dengan Fallon sebelum ini.
Buat yang belum ketahuan lagi, hasil kerja BTS juga tercalon dalam ‘Grammy Awards’ ke-61 untuk kategori ‘Best Recording Package’ bagi album ‘Tear’ yang mana akan bersaing dengan empat lagi calon lain seperti Be the Cowboy (Mitsky), MassEducation (St. Vincent) ,The Offering (The Chairman) dan Well Kept Thing (Foxhole). Walaubagaimanapun, penataan seni album ini hanya dikreditkan pada Doohee Lee daripada HuskyFox.
Majlis ‘Grammy Awards’ ke-61 ini akan diacarakan oleh Alicia Keys dan disiarkan secara langsung melalui cenel tempatan astro 732 , E! Entertainment , bermula jam 7 pagi.
Sumber: Billboard