Joo Won ‘bebas’ pada hari yang penuh istimewa buat dirinya, tahun baru Korea

Pelakon yang dipuji kerana versalitinya, Joo Won telah pun selesai menjalani latihan khidmat negara (‘military service’) selama 21 bulan. Kebetulan hari pembebasannya jatuh pada hari tahun baru Korea (‘Seolla’) yakni bersamaan dengan Tahun Baru Cina di Malaysia, sekaligus menjadi hadiah penuh istimewa buat peminat dan keluarganya yang sanggup menunggunya di pintu pagar.

Joo Won segera menyapa dan berjabat tangan dengan peminat-peminatnya sambil melemparkan senyuman.

“Saya membina banyak pengalaman menerusi latihan khidmat negara. Masa yang betul-betul saya hargai di sini , ” kata Joo Won mengakui banyak dipelajarinya semasa menduduki di Gangwon Province Cheorwon 3rd Division sebagai askar yang terlatih.

Mengakui  belum memutuskan apa-apa mengenai tawaran lakonan diterimanya yang akan menyaksikannya berkecimpung semula ke dalam industri seni, Joo Won turut memetik kumpulan ‘Blackpink’ sebagai kumpulan Kpop yang paling popular dan diminati rakan sepasukan di dalam kem yang sama.

“Saya menghargai kegigihan peminat. Jadi, saya akan berlakon dengan lebih baik supaya penantian mereka selama ini terbela.”

Joo Won mula menongkah populariti apabila membawa watak antagonis sebagai pembuat roti di dalam KBS Baker King Kim Tak Joo, tapi yang menyerlahkan kredibiliti lakonannya apabila berani memegang watak penghidap penyakit autism di dalam KBS Good Doctor sehingga mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan penonton drama korea. Selain berjaya meraih ratings yang agak tinggi, lebih mengagumkan KBS Good Doctor turut diadaptasikan di Amerika Syarikat dan Jepun.

Hasil kerja kerasnya, Joo Won menerima penghargaan di dalam CARI Kdrama Awards apabila meraih tiga pencalonan Best Actor masing-masing menerusi KBS Bridal Mask, KBS Good Doctor dan SBS Yong pal, antara aktor yang menerima pencalonan terbanyak di CARI Kdrama Awards selain Ji Sung. Melalui SBS Yong Pal, beliau meraih daesang daripada cenel tv tersebut manakala SBS My Sassy Girl merupakan drama terakhirnya sebelum ‘enlist’ untuk latihan khidmat negara.

Sumber: hankookilbo

loading...