Ijazah atas ehsan keistimewaan akhirnya makan diri selebriti ini

 

Kecoh, tular di Twitter apabila tujuh selebriti yang juga idol K-Pop ini ditarik semula ijazah yang diterima mereka. Jika sebelum ini, ianya berunsurkan desas-desus, setelah siasatan terperinci terbukti perkara seumpama ini benar-benar berlaku.

 

Universiti Dongshin didapati bersalah kerana memberikan keistimewaan kepada tiga anggota kumpulan Highlight iaitu Yoon Doojoon, Yong Junhyung, Lee Gikwang, Jang Hyunseung (bekas ahli kumpulan B2ST), Eunkwang dan Sungjae dari kumpulan BTOB serta penyanyi lagu rakyat Choo Ga ​​Yeol.

Kementerian Pendidikan telah mengadakan sesi sebutan kes bersama Universiti Dongshin dan Universiti Busan Kyungsang pada 14 Januari. Ketika berlangsungnya sesi dua hala itu, Universiti Dongshin mengakui bahawa pelajar selebriti tersebut telah ditandakan hadir walaupun mereka tidak berada di dalam kelas. Ketidakhadiran mereka digantikan dengan menghadiri aktiviti persembahan pentas. Walau bagaimanapun, tidak ada protokol untuk perkara seumpama itu sebelum 2015, atau termaktub dalam mana-mana peraturan yang mana pelajar boleh mengambil kira kehadiran dengan cara lain. Kementerian Pendidikan memutuskan bahawa kehadiran mereka seumpama itu tidak boleh diterima.

Choo Ga ​​Yeol pula dikatakan bertindak sebagai pensyarah bertaraf professor dan mengajar pelajar biarpun tidak memiliki kelayakan yang sepatutnya (sedang mengikuti kuliah PHDnya ketika itu). Kononnya, jadual beliau yang sepatutnya menghadiri kuliah bertindih dengan jadual mengajarnya dan itu menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri kuliahnya. Ijazah milik Ga Yeol bukan sahaja ditarik balik malah turut dilucutkan statusnya sebagai professor.

Kementerian Pendidikan juga telah memutuskan untuk membatalkan ijazah kesemua tujuh orang pelajar tetsebut. Pihak universiti itu sendiri dikehendaki menjalankan hukuman sewajarnya kepadanya beberapa pelajar termasuk mengenakan hukuman berat untuk seorang pelajat, penalti kepada sembilan orang pelajar dan diberi amaran kepada enam orang pelajar. mengikut kes yang telah dilakukan.

Terdahulu majoriti selebriti yang ditarik semula ijazah mereka adalah di bawah pengurusan Cube Entertainment. Doojoon, Junhyung dan Gikwang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan B2ST di bawah pengurusan agensi tersebut. Menurut Cube, orang yang pernah menguruskan kemasukan mereka ke universiti terbabit tidak lagi bersama agensi itu.

Nantikan perkembangan berkaitan perkara ini selanjutnya kelak.

Sumber : newsis | naver

loading...