[Siri 11] 10 Produk Terbaik Kecantikan ‘Kbeauty’ Yang Anda Boleh Dapati Di Malaysia

Sempena pos pertama untuk tahun 2019 ini, penulis ingin berkongsi 10 produk-produk terbaik Kbeauty pada tahun 2018. Produk-produk ini penulis kumpulkan berdasarkan ketersediaan di Malaysia. Penulis beranggapan ia lebih realistik berbanding menulis mengenai produk-produk lain yang tidak dijual di Malaysia. Dengan ini, sekiranya pembaca berminat dengan produk-produk ini, pembaca bolehlah mendapatkan maklumat lanjut di kedai-kedai yang berkaitan.

1. Concentrated Ginseng Cream Dari Sulwahsoo

Krim ini pernah dikatakan oleh pelbagai majalah dan laman blog sebagai produk penjagaan kulit Korea paling laris. Krim ini juga dianggap sebagai krim wajah ginseng Korea terbaik. Kebaikan krim ini memfokuskan kepada ciri-ciri anti-penuaan yang membaiki semula kulit wajah dan menjadikan wajah anda sempurna tanpa cela. Tidak dinafikan, krim ini dan sebarang produk Sulwahsoo berharga agak mahal. Namun, mengikut pengalaman penulis, yang pernah menggunakan BB Cushion Sulwahsoo, kualiti produk mereka amat berbaloi. Worth Every Penny.

2. Water Bank Essence Dari Laneige

Bersifat ringan dan nipis, pelembap wajah ini memberi penghidratan segera kepada pengguna. Dikatakan mengandungi air mineral Hidro Ion yang dicampurkan dengan pelbagai ekstrak tumbuh-tumbuhan asli. Pelembap ini turut mengandungi bahan istimewa yang boleh membantu mengawal tahap kelembapan kulit. Selain itu, ia berfungsi untuk menghilangkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru. Bagi penulis, semua produk penjagaan kulit dan juga alat solekan dari Laneige amat memuaskan hati.

3. Freshly Juiced Drop Dari Klairs

Agak melekit namun, ia sangat bagus untuk mereka yang memiliki kulit wajah yang agak kusam. Ini adalah kerana, produk ini mengandungi ekstrak Vitamin C tulen yang bertindak untuk mengecilkan pori-pori wajah. Selain itu, produk ini juga bertujuan untuk meremajakan kulit wajah anda dengan menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru. Jenama yang terkenal dengan produk-produk bebas paraben, alkohol dan wangian tiruan ini amat sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif. Di Malaysia, bagi mereka yang berminat dengan produk ini ataupun produk-produk lain dari Klairs, boleh lah ke Watson.

4. Whitening Pore Synergy Serum Dari Innisfree


Salah satu produk yang agak mahal di Innisfree, namun produk ini dikatakan mengandungi ekstrak kulit limau mandarin. Ekstrak ini adalah suatu bahan penting untuk merawat jerawat dan bintik-bintik gelap serta mampu memberikan anda kulit yang lebih cerah dan segar. Produk ini dipercayai menyerap masuk ke dalam kulit pengguna dengan kasar yang cepat dan boleh juga dijadikan sebagai serum wajah. Penulis memiliki kulit wajah yang agak kusam dan juga memiliki bintik-bintik jeragat oleh itu, produk ini sememangnya penting buat penulis.

5. Super Volcanic Pore Clay Mask Dari Innisfree


Selalunya, penulis tidak boleh menggunakan produk yang dibuat ataupun berasaskan tanah liat. Ia membuatkan kulit penulis bertambah kering. Namun, produk dari Innisfree ini tidak bersifat mengeringkan kulit. Dikatakan sebagai satu produk penjagaan kulit semula jadi dari Korea, mengandungi mineral gunung berapi Jeju dan AHA yang bersifat lembut. Bertindak untuk mencuci dan mengelupaskan kulit wajah anda dengan lembut. Produk ini dikatakan mampu mengecilkan pori-pori wajah anda, mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan (yang menghasilkan kulit wajah berminyak), membersih kulit secara mendalam, mencerahkan kulit dan pada masa yang sama, menyejukkan kulit wajah anda.

6. The Green Tea Seed Serum Dari Innisfree


Penulis begitu gembira apabila beberapa pihak turut membuat review positif mengenai produk ini. Produk ini merupakan kegemaran penulis dari Innisfree. Dikatakan mengandungi ekstrak biji teh hijau dari Jeju. Ia sangat mudah diserap oleh kulit dan merupakan satu serum penghidratan tersohor di Innisfree. Bertindak untuk menambahkan tahap kelembapan dalam kulit wajah, menjadikan kulit anda sejuk dan lembap. Selain menggunakan serum ini dua kali setiap hari, tips yang diajar kepada penulis adalah, memakainya sebelum menggunakan mask muka. Ini bertujuan untuk membantu kulit wajah untuk menyerap lebih banyak bahan-bahan baik dari mask dengan bantuan serum ini.

7. Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam Dari Innisfree


Buih pencuci pori-pori wajah dikatakan mengandungi ekstrak Volcanic dari Jeju yang bertujuan untuk menyerap sebum-sebum berlebihan yang dihasilkan oleh kulit dan mengekalkan kulit tanpa minyak. Membantu mengecilkan liang pori-pori sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Namun, ia agak tidak sesuai digunakan sekiranya anda memiliki kulit wajah berjerawat.

8. The Solution Moisturizing Face Mask Dari The Face Shop


Amat lembut dan ringan pada wajah. Dikatakan sebagai mask wajah yang bersifat “as light as air”. Mengandungi BHA atau Beta Hydroxy Acid dan ceramides yang bertujuan untuk memberi kelembapan pada wajah.

9. Black Sugar Honey Mask Wash Off Dari Skin Food


Menggunakan gula sebagai bahan utama dalam mask ini. Berbeza dengan mask yang sering kali penulis ulaskan, mask kali ini perlu dibasuh setelah penggunaannya. Tekstur gula yang agak berbutir seolah-olah seperti skrub wajah. Bertindak secara perlahan-lahan mengelupaskan dan menyuburkan kulit wajah. Setelah menggunakannya, anda akan merasakan kulit anda amat lembut seolah-olah kulit bayi.

10. Bubble Tea Sleeping Pack (Strawberry) Dari Etude House


Terdapat pelbagai jenis “perasa” namun, perasa strawberi mendapat pujian yang banyak. Di dalam bekas Bubble Tea yang sangat comel dan menggiurkan, produk ini merupakan Sleeping Mask untuk penggunaan di malam hari. Mengandungi ekstrak strawberi dan kapsul-kapsul bubble yang melembapkan dan menyuburkan kulit anda ketika anda tidur. Bersifat ringan dan tidak akan menyebabkan liang-liang pori wajah anda tersumbat. Perasa ini khusus untuk mereka yang mempunyai kulit kering, terdapat pelbagai lagi perasa yang mengikut jenis kulit wajah anda semua.

Produk-produk ini di reviu oleh beberapa laman web. Bagi pendapat penulis, pelbagai lagi produk Kbeauty yang amat bagus seperti Lip Mask dan Lip Tint dari Mamonde. Mungkin suatu hari nanti, penulis boleh mengeluarkan senarai produk menurut pengalaman penulis sendiri.

Sumber : StyleCraze 

loading...