9 drama Korea terbaharu ini sebagai pembuka tayangan di bulan pertama tahun 2019

Annyeong Yorobun, Chinguyaa, 

Selamat Tahun Baru 2019. Dah hampir nak masuk hari kedua di tahun yang baru. Dunia hiburan Korea sentiasa berusahan dalam menyajikan yang terbaik untuk anda. Drama-drama tahun 2018 pun belum habis ditonton, drama-drama baru tetap menunggu masa untuk tayangannya. Seperti biasa, kami hidangkan anda sembilan pilihan drama Korea yang terbaharu untuk tayangan sepanjang Januari 2019.

Antara drama yang mungkin dinantikan peminat adalah ‘Kingdom’, ‘The Crowned Clown’, ‘Mr Lawyer, Mr Jo 2’ dan mungkin juga ‘Romance Is A Bonus Book’. Ada diantaranya drama-drama yang dinyatakan adalah satu platform percaturan mereka untuk kembali ke dunia skrin kecil seperi Lee Na Young dan Joo Ji Hoon serta drama yang memasuki musim kedua buat pelakon Park Shin Yang di mana ini julung kalinya beliau digandingkan dengan pelakon kelas A, Ko Hyun Jung. Disamping itu, ramai juga yang menantikan sentuhan magis dari pengarah serta penulis yang berpengalaman lagi tersohor seperti penulis Kim Eun Hee dan Jung Hyun Jung, serta pengarah Park Jun Hwa.

Apapun, ini dia sembilan drama Korea yang terbaharu untuk anda tonton.


Tajuk: Best Chicken (MBN/DramaX)
Episode perdana / Masa / Stesen Penyiaran: 3 January  2019 | 8.00 malam | Khamis – Jumaat | K-PLUS
Pelakon: Park Sun Ho, Kim So Hye and Joo Woo Jae

Mengisahkan seorang lelaki ( Park Sun Ho ) yang bekerja disebuah syarikat besar. Beliau mengimpikan untuk menjalankan restoren ayam. Seorang wanita (Kim So Hye) yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis webtoon. Beliau tinggal disebuah rumah mandi peninggalan datuknya. Beliau tidak banyak bergaul dengan masyarakat sekeliling. Apakah yang akan berlaku sekiranya mereka berdua bertemu? Adakah bibit romantis akan terbit atau sebaliknya?

Drama ini akan disiarkan dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea.


TajukNeighborhood Lawyer Jo Deul Ho Season 2 / Mr Lawyer, Mr Jo 2 : Crime and Punishment
Episode perdana / Masa / Stesen Penyiaran: 8 Januari 2019 | 9.10 PM  | Selasa – Rabu | KBS [Astro Ch 391 / 392 HD] 
Pelakon: Park Shin Yang, Ko Hyun Jung, Lee Min Ji, Byun Hee Bong, Jo Dal Hwan

‘Neighborhood Lawyer Jo Deul Ho 2’ adalah sekuel dari musim pertama yang telah ditayangkan pada 2016.Musim kedua ini turut mendapatkan khidmat Han Sang Woo sebagai sutradaranya yang merupakan PD terkenal dengan drama KBS Man From The Equator, KBS Naeil’s Cantabile dan KBS Black Night sebelum ini.

Siri pertama KBS Neighborhood Lawyer Jo Deul Ho berkisarkan tentang seorang bekas pendakwaraya yang menjadi gelandangan bernama Jo Deul Ho (Park Shin Yang) tetapi bangkit semula menjadi peguam setelah melihat kegigihan seorang peguam muda Lee Eun Zo (Kang So Ra) cuba menyelesaikan kes. Gandingan mereka berdua telah berjaya memenangi beberapa kes berprofil tinggi sehingga menaikkan semula nama Jo Deul Ho dalam kalangan peguam yang digeruni.

Park Shin Yang kekal memegang watak sebagai Jo Deul Ho  yang terpaksa membiarkan lesen guamannya ditarik balik disebabkan tekanan daripada syarikat guaman berpengaruh. Manakala Ko Hyun Jung pula sebagai Im Jung Hee, seorang yang mengubah identiti untuk membalas dendam. Im Jung Hee  hidup menjual sashimi di pasar pagi Jagalgi Busan. Di sebalik identitinya sebenar, beliau menyimpan rahsia yang mungkin digunakan untuk ‘menembak’ musuhnya di kemudian hari.  Tak pasti apa hubungan antara Jo Deung Ho dan Im Jeung Hee, tapi  dikatakan masing-masing akan mempergunakan satu sama lain. Mungkinkah Ko Hyun Jung akan membawakan watak antagonis seperti ditunggu-tunggu oleh peminatnya selama ini? Jangan lupa untuk saksikan drama ini yang akan mula bersiaran 7 Januari di KBS.


TajukThe Crowned Clown / The Man Who Became King 
Episode perdana / Masa / Stesen Penyiaran: 7 Januari 2019 | 21:30 KST | Isnin – Selasa | tvN
Pelakon: Yeo Jin Goo, Lee Se Young, Kim Sang Kyung, Jang Gwang, Yun Jong Seok

Drama ‘The Crowned Clown’ atau ‘The Man Who Became King’  adalah adaptasi dari filem box office Masquerade, yakni merupakan antara filem terbaik lakonan Lee Byung Hyun sehingga meraih kemenangan bersejarah apabila hampir menyapu bersih hampir kesemua anugerah ditawarkan di Grandbell Film Awards pada tahun 2012 selain mengutip jualan tiket sebanyak 12 juta. Versi drama ini di bawah arahan Kim Hee Won, pengarah MBC yang popular dengan sutradara seperti MBC Money Flower, MBC Golden Pouch dan MBC Warm and Cozy.

Yeo Jin Goo memegang dua watak utama sebagai “King Gwanghee” tiruan bernama Hae Sun dan juga Lee Sun, pemegang takhta sebenar. Lee Sun yang kehilangan ibubapa sejak kecil telah dikasihi oleh seorang gadis bernama Se Bin, orang mengubati ketakutannya sewaktu baginda cuba diusir keluar oleh musuh politiknya dengan berbagai cara. Di luar pemerhatian rakyat marahen, Lee Sun dikenali atas kekejamannya dan tak menghiraukan masalah rakyat.  Atas sebab ini, baginda seringkali menjadi sasaran pembunuhan hendap dan terancang dilakukan oleh musuh-musuh politiknya, akhirnya membuatkannya serik dan bertindak mencari seseorang yang boleh menggantikan dirinya sementara memegang takhta tersebut. Orang yang dipilih untuk menyamar dirinya, Hae Sun adalah seorang gelandangan yang kebuluran dan terpisah dengan adiknya sendiri.  sejak Hae Sun menyamar sebagai raja, Hae Sun menjadi seorang yang sangat berani dan tegas. Hal ini menyebabkan Hae Sun berjaya memerintah lebih baik daripada Lee Sun sehingga membawa keraguan pada tampuk konflik politik istana dan hubungannya dengan pemaisuri istana. Lee Se Young dikatakan akan melakonkan watak pemaisuri istana bernama Se Bin, yang meragui identiti sebenar raja Gwanghee.

Versi drama dijangka akan memfokuskan kepada ketegasan penyamar “King Gwanghee” melakukan perubahan ke atas tampuk pemerintahan istana dengan menghapuskan hierarki yang memisahkan pemerintah dengan rakyat kelas bawahan di bawah kod dinamakan sebagai “Perlembagaan Kangsang”. Mampukah Yeo Jin Goo menampilkan lakonan bersahaja tapi berkarisma yang ditonjolkan oleh Lee Byung Hyun sehingga menyebabkan beliau meraih Best Actor Grandbell Film Awards?


TajukWhat’s The Problem, Poong Sang? / Liver or Die?
Episode perdana / Masa / Stesen Penyiaran: 10 Januari 2019 | 9.10 PM | Khamis – Jumaat | KBS [Astro Ch 391 / 392 HD] 
Pelakon: Yoo Joon Sang, Jeon Hye Bin, Oh Ji Ho, Lee Si Young,Lee Chang Yeop

“What’s The Problem, Poong Sang?” ini bertemakan drama kekeluargaan yang penuh cabaran dalam mengharungi kehidupan.

Poong Sang ( Yu jun Sang) menjaga empat orang adiknya Jin Sang (Oh Ji Ho), Jun Sang (Jeon Hye Bin), Hwa Sang (Lee Si Young) dan We Sang (Lee Chang Yeop) disamping membantu mereka dari segi kewangan sejak ibu bapa mereka meninggal dunia.

Biarpun dipertengahan usia, Poong Sang tidak pernah menjalani kehidupan demi kepentingan sendiri dan mengikut kemahuannya selain fokus menguruskan adik-adiknya. Bagaimanakah Poong Sang berhadapan dengan pelbagai karenah adik-adiknya? Mampukah Poong Sang meneruskan kehidupan dengan tidak mengendahkan apa yang sepatutnya beliau mahukan? Jangan lupa untuk saksikan drama ini yang bakal bersiaran di KBS mulai 9 Januari.


TajukSpring Must Be Coming
Episode perdana / Masa / Stesen Penyiaran: 23 January 2019 | 22:00 KST | Rabu – Khamis | MBC
Pelakon: Lee Yoo Ri, Uhm Ji Won, Choi Byung Mo, Lee Jong Hyuk

 

‘Spring Must Be Coming’ bertemakan drama fantasi berkisarkan bagaimana dua wanita saling bertukar badan dan ini akan menceritakan bagaimana pertukaran mereka itu akan mengubah kehidupan mereka. Drama ini diarahkan oleh pengarah yang pernah mengarahkan drama ‘Arang and The Magistrate’ dan ‘When A Man Loves’ iaitu Kim Sang Ho.

Kim Bo-Mi ( Lee Yu-Ri ) bekerja sebagai pembawa berita berita TV dan beliau cuma mengambilpeduli akan diri sendiri sahaja. Lee Bom ( Uhm Ji-Won ) pula pernah menjadi pelakon popular, namun kini beliau adalah isteri kepada seorang ahli parlimen. Beliau hanya fokus dalam menguruskan keluarga saat ini. Namun, entah bagaimana Kim Bo Mi dan Lee Bom bertukar badan.

Lee Yu Ri merupakan calon Daesang MBC Drama Awards 2018. Apakah watak Kim Bo Mi ini boleh dijadikan sandaran untuk kembali dicalonkan sebagai Daesang bagi tahun 2019?Sama-sama kita nantikan.


TajukKingdom
Episode perdana / Masa / Stesen Penyiaran: 25 Januari 2019 | Netflix
Pelakon: Ju Ji Hoon, Bae Doo Na, Ryu Seung Ryong

Drama ini adalah adalah yang paling dinanti-nantikan.  “Kingdom” merupakan drama bersiri korea kedua diterbitkan ke dalam cenel Netflix dan akan disiarkan secara langsung kepada pengguna laman tersebut tak kira dari negara mana mereka berada. Ia berkisarkan tentang  putera raja yang bertungkus lumus membanteras penularan wabak penyakit ‘zombies. Drama ini pasti mengujakan sepertimana  filem ‘Train of Busan’ yang berjaya membuatkan penonton turut terasa kesannya. Kim Eun Hee, penulis “Kingdom”, yang terkenal dalam menjadikan dramanya suspens seperti mana beliau lakukan untuk drama Signal semestinya akan menjanjikan keterujaan yang sama untuk drama Kingdom ini lagi-lagi selepas beliau turut menyapu bersih anugerah Best Screenplay 5th CARI Kdrama Awards dan Baeksang Art Award . PD yang akan mengetuai projek ini ialah Kim Sung Hoon, iaitu pengarah filem Hard Day dan Tunnel.

Ju Ji Hoon, Bae Doona dan Ryu Seung Ryong membintangi drama ini sebagai pelakon-pelakon utama. Joo Ji Hoon akan membawa watak sebagai putera raja tersebut manakala Bae Doona dan Ryu Seung Ryong masing-masing sebagai Seo Bi dan Jeo Hak Jo. “Kingdom” dihasilkan dalam dua musim, dengan 8 episod bagi setiap satu dan dijangka ditayangkan mulai 25 Januari ini.


TajukRomance Is A Supplement / Romance Is A Bonus Book
Episode perdana / Masa / Stesen Penyiaran: 26 Januari 2019 | 21.00 KST | Sabtu – Ahad | tvN
Pelakon: Lee Jong Suk, Lee Na Young, Jung Yoo Jin, Kim Tae Woo, Kim Yoo Mi

“Romance Supplement” atau “Romannce Is A Bonus Book” adalah sebuah drama bertemakan komedi romantis. Ia mengisahkan tentang  kehidupan  mereka diusia 30-an yang bertungkus-lumus menghasilkan novel, buku dan majalah serta menyorot kehidupan sebenar mereka di syarikat penerbitan.  Drama ini ditulis oleh Jung Hyun Jung yang pernah menghasilkan “I Need Romance” untuk tiga musim, “Discovery of Love,” dan banyak lagi. Manakala sutradara drama jtbc “Life on Mars” & tvN Good Wife – Lee Jung Hyo pula akan mengarahkannya.

Lee Jong Suk akan melakonkan watak sebagai Cha Eun Ho, seorang penulis hebat yang juga merupakan editor paling muda di syarikat itu. Cha Eun Ho berperwatakan menarik, genius, dan handsome. Beliau sering naik angin ketika bekerja, namun marahnya tidak berpanjangan.

Lee Na Young pula akan memegang watak sebagai seorang begitu bersemangat tinggi yang dahulunya dicop sebagai penulis iklan. Apabila gagal dalam temuduga, dia akan menipu ‘resume’ dan akhirnya mendapat kerja di syarikat penerbitan buku di mana dia jadi editor.

Apa yang membuat penonton teruja, ini merupakan penampilan semula Lee Na Young dalam tempoh lapan tahun selepas drama terakhirnya ‘The Fugitive: Plan B’ dan ini adalah genre romantik komedi pertama yang akan dilakonkan Lee Jong Suk hasil garapan penulis romantik terkenal Jung Hyun.


TajukBabel
Episode perdana / Masa / Stesen Penyiaran: 27 Januari 2019 | TV Chosun
Pelakon: Park Shi Hoo, Jang Hee In, Jang Shin Young, Kim Hae Sook

“Babel” terbitan cenel CSTV / TV Chosun dibintangi oleh Park Shi Hoo (KBS My Golden Life dan KBS Lovely Horribly) bersama Jang Hee Jin (“tvN Introverted Boss” , “KBS On The Way To Airport”) dan diarahkan oleh Jung Seong Sik (“KBS Hwarang”, “KBS Bridal Mask”).

Park Shi Hoo akan melakonkan watak Cha Woo Hyuk, seorang ketua jabatan pendakwaraya yang tegas,  memiliki sifat berani, dan akan membuat apa saja untuk membalas dendam. Beliau bertemu dengan pelakon wanita yang sudah berkahwin lalu jatuh cinta terhadapnya. Jang Hee Jin akan membawa watak pelakon wanita itu yang bernama Han Jung Woon.

Secara tiba-tiba, Ha Jung Woon menjadi suspek di atas tuduhan membunuh suaminya, yakni anak chaebol syarikat terkemuka, Kwangsan Group. Cha Woo Hyuk terpaksa bertindak mendakwa Ha Jung Woon di dalam mahkamah walaupun mencintai wanita itu dengan sepenuh hati. Kim Hae Sook, pemenang Best Supporting Actress 3rd CARI Kdrama Awards turut menyertai produksi dengan menjadi ibu mertua kepada Han Jung Woon bernama Shin Hyun Sook, seorang wanita sangat berpengaruh dan semestinya mahu menuntut bela di atas kematian anaknya.


 

TajukTouch Your Heart / The Truth Delivered
Episode perdana / Masa / Stesen Penyiaran: 31 Januari 2019 | 9:45 Malam | Khamis – Jumaat | tvN Asia Ch 395 & unifi Ch 211 (Drama Express 24 jam dari Korea) 
Pelakon: Yoo In Na, Lee Dong Wook, Shin Dong Wook, Shin Hyun Tak

Selepas drama ‘Goblin’ mendapat sambutan ramai dari seluruh dunia, Lee Dong Wook dan Yoo In Na kembali bergandingan untuk membintangi drama romantik komedi terbaru tvN iaitu ‘Touch Your Heart’ atau dikenali sebagai ‘It Feels Sincere”. tvN ;It Feels Sincere’ akan menggunakan sutradara Park Joon Hwa, yang dikenali dengan gaya arahan yang penuh mantap dan romantis seperti ditunjukkannya menerusi tvN What’s Wrong With Secretary Kim sebelum ini dan juga, tvN Because This Is My First Life, di mana beliau meraih pencalonan Best Director 6th Cari Kdrama Awards.

Drama ini merupakan adaptasi daripada novel nukilan Jager, berkisarkan tentang seorang aktres terkenal Oh Jin Shim (Yoo In Na) yang sedang menjalani hubungan teman tapi mesra dengan seorang peguam sebelum mula dibenci peminatnya apabila terbabit dalam skandal dengan seorang chaebol. Lee Dong Wook memegang watak peguam tersebut, Kwang Jung Rok, seorang peguam yang sangat berdedikasi dan sentiasa komited dengan kerjanya. Beliau juga yang akan menjaga rahsia dan kredibiliti Oh Jin Shim sewaktu karier seninya di ambang kemusnahan gara-gara skandal yang berlaku. Bagaimanakah nanti hubungan Oh Jin Shim dan Kwang Jung Rok, adakah hanya berlandaskan simpati atau mungkin cinta berputik dalam diam?

Selamat menonton semua. Kepada anda yang telah menonton beberapa drama Korea sepanjang tahun 2018, dan ingin mengundi kesukaan anda, boleh jalankan tanggungjawab untuk mengundi. Anda boleh buat undian sempena Undian Akhir 7th CariKdrama Awards DI SINI untuk kategori terbaik dan DI SINI untuk kategori popular.

Nota : Ada sesetengah drama yang disenaraikan akan ditayangkan di Malaysia dan sebaliknya. Apapun ia tertakluk kepada sebarang informasi dari stesen penyiaran di Malaysia. Bagaimanapun penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. 

loading...