‘SKY Castle’ berjaya memecahkan rekod rating drama-drama JTBC

Drama JTBC “SKY Castle” nampaknya semakin melakar fenomena dikalangan penonton. Terbaru, drama ini sekali lagi mencatatkan rekod yang baru dengan episode yang semakin dramatik.

‘SKY Castle’ mengisahkan sekelompok komuniti yang tinggal di sebuah pangsapuri mewah di pinggir bandar Seoul. Setiap ibu yang tinggal di sana kesemuanya bercita-cita tinggi untuk memastikan anak-anak mereka memasuki universiti yang berprestij. Setiap dari mereka saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan serta kelebihan masing-masing. Mereka saling mempunyai sikap iri hati terhadap keluarga lain biarpun kehidupan mereka boleh dikatakan aman. Sikap mereka ini telah membuatkan mereka menjadi rakus hanya kerana mereka ingin kelihatan sempurna. Yang sering menjadi mangsa adalah anak-anak mereka yang hidup dalam keadaan tertekan dan terpaksa mengikut kemahuan ibu masing-masing.

Episode ke 12 yang ditayangkan pada semalam (29 Disember) telah mencatat rating penonton secara purata sebanyak  12.3 peratus di seluruh negara. Ini adalah catatan tertinggi yang direkodkan selepas mencatat 11.3 peratus untuk episod pada 22 Disember. “SKY Castle” terus menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan dan melakar populariti tersendiri meskipun hanya mencatatkan 1.7 peratus tontonan di seluruh negara pada episode perdanannya. 

Drama ini semakin dramatik dan mendebarkan. Episode semalam menyaksikan Kim Hye-na (Kim Bo-ra) yang telah menunjukkan belangnya. Lee Soo-rim (Lee Tae-Ran), yang cuba untuk menulis sebuah novel mengenai tragedi di ‘castle’ itu pula berhadapan dengan pelbagai rintangan yang tidak dijangka. Manakala anak perempuan sulung Chae Min-hyuk, Sergei (Park Yoon-na), sebenarnya bukan pelajar Harvard. Apakah yang sebenarnya terjadi kepada mereka?

Dalam pada itu , drama ini bukan hanya berjaya mencatat jumlah tontonan tertinggi bagi episode drama itu sendiri, bahkan “SKY Castle” juga telah memecahkan rekod tontonan untuk drama JTBC. Drama JTBC sebelum ini menerusi drama “Women of Dignity” adalah pemegang rekod rating tontonan tertinggi sebanyak 12.1 pada tahun 2017. Nampaknya, kali ini drama “SKY Castle” telah menghanguskan rekod “Women of Dignity”. 

Apapun tahniah diucapkan. Jika anda ingin tahun apa yang menariknya drama ini, jangan lupa untuk tonton setiap hujung minggu di JTBC.

Sumber : Naver

loading...