Kemenangan ‘daesang’ Lee Seung Gi semalam dipertikaikan sesetengah netizen

Lee Seung Gi telah dinobatkan pemenang daesang SBS bagi kategori realiti tv untuk tahun ini, dan kemenangannya itu telah mengejutkan netizen. Perbahasan di laman-laman sosial turut mengundang sinis sebilangan netizen yang beranggapan calon-calon seperti Baek Jong Won atau Shin Dong Yop lebih layak untuk menang. Menguatkan teori dakwaan mereka, Baek Jong Won mengemudi SBS Alley Restaurant dengan baik sekali sehingga meraih ratings sebanyak 20%. Bagi mereka, Lee Seung Gi baru saja menyertai program realiti tv Master in the House (All The Butlers) pada tahun lepas sebaik dibebaskan daripada khidmat negara, dan belum lagi cukup menimba pengalaman sebagai selebriti program realiti tv. Umum diketahui, Lee Seung Gi lebih dikenali sebagai pelakon dan penyanyi berbanding selebriti program realiti tv.

Walaubagaimanapun, ramai juga yang memuji tindakan SBS menganugerahkan daesang ke atas Lee Seung Gi itu adalah satu tindakan diterima berdasarkan kelayakan pelakon itu selama melibatkan diri di dalam Master in the House yang turut mendapat ratings yang agak tinggi dan konsisten untuk cenel berkenaan. Jabatan Hiburan SBS turut mengeluarkan kenyataan bahawa kemenangan Lee Seung Gi tiada kaitan dengan ketidakadilan mereka ke atas Baek Jong Won.

Lee Seung Gi dalam ucapannya semalam mengucapkan terima kasih kepada semua ‘senior’ termasuklah Kang Dong Ho yang secara tak langsung membantunya mencorakkan keperibadian semasa mengendalikan program realiti tv.

“Saya merasakan momen kemenangan ini suatu mimpi kerana ‘daesang’ ini satu anugerah yang saya impi-impikan sejak dulu. Ia menjadikan satu beban untuk saya rasainya berbanding orang lain. Apa saya pelajari daripada senior-senior telah membantu saya selama ini ,”  ungkap Lee Seung Gi dalam ucapan penghargaannya.

Dari kiri: Lee Sang Yoon, Yang Se Hyung, Yook Sung Jae dan Lee Seung Gi. Keempat-empat mereka ialah anggota tetap Master in the House.

Lee Seung Gi turut memastikan bahawa beliau tidak akan berputus asa walaupun diduga dengan cabaran.”Walaupun bimbang akan cabaran baru, saya tetap akan cabar diri saya lagi ke tahap tertinggi, ” katanya lagi.

Dalam satu episod, kesemua ahli mempelajari teknik-teknik lakonan daripada Son Ye Jin yang dianggap sebagai Master di dalam bidang lakonan.

Master in the House ialah program realiti tv di mana kesemua ahli akan meluangkan masa selama dua hari dan satu malam untuk bersama-sama dengan pakar di namakan sebagai Master, dengan harapan untuk mengetahui cara hidupnya dengan mempelajari ilmu yang ada padanya. Master in the House turut dianggotai oleh Yook Sung Jae BTOB, Lee Sang Yoon dan Yang Se Hyung.

Sumber: news chosun , sport chosun

loading...