“Satu kebanggaan dapat bekerja dengan BTS ” – Steve Aoki

Steve Aoki, nama yang bukan asing lagi dalam kalangan peminat kpop, apabila beliau memilih untuk berkolaborasi dengan BTS dalam beberapa single dikeluarkan bersama. Beliau sekali-sekala akan ke Korea untuk mengunjungi kelab deejay dan baru-baru ini penangan EDM dimainkannya telah disaksikan oleh 400 orang tetamu. Steve Aoki dijemput sekejap untuk mengadakan sesi temuduga denga wartawan donga Korea mendedahkan serba sedikit tentang dirinya yang mungkin orang tidak tahu.

Steve Aoki mengiyakan sumber inspirasi karya muziknya datangnya daripada kpop.  “Kpop itu fesyen, yang menjadi inspirasi buat semua ,” kata Steve Aoki.

“Kpop itu satu genre muzik yang tahu untuk dimainkan. Dan menjadi kebanggaan saya dapat bekerja dengan BTS selama ini ,” tambah Steve Aoki lagi menceritakan hubungan uniknya dengan kumpulan kpop popular tersebut. Beliau sudah 3 kali berkolaborasi dengan BTS dan terbaru sekali menerusi ‘Waste It On Me’.

Steve Aoki merupakan anak kepada imigran Jepun yang bertandang ke Amerika Syarikat. Beliau ialah warganegara Amerika Syarikat walaupun berketurunan Asia. Ayahnya, Roki Aoki ialah seorang pemain gusti sebelum membuka restoren di tanah Amerika dengan motto ‘American Dream’ . Selalu menjadikan ayahnya sebagai ‘role model’ , Steve Aoki belajar menerima kritikan melalui ayahnya sendiri untuk berjaya dalam kehidupan. Sekarang ini, beliau sudah bergelar antara DJ paling sibuk di dunia, dengan mempersembahkan gorengan muzik elektronik sebanyak 200 kali setahun sehingga pernah hampir tercatit dalam Guiness World Record.

Juga menjadikan BTS sebagai motivasi, Steve Aoki mahu dikenali sebagai wakil DJ di Asia yang membuka peluang kepada orang ramai mengenali budaya Asia seperti dilakukan oleh BTS di bumi Amerika.

Sumber: donga

loading...