Perjalanan Wanna One semakin menghampiri noktahnya!

 

Pasti ramai peminat-peminat Wanna One atau lebih dikenali sebagai Wannable kini dibelenggu pelbagai perasaan. Seperti yang diwar-warkan sebelum ini kontrak Wanna One yang dianggotai oleh sebelas ahli daripada agensi yang berlainan bakal berakhir. Kehadiran mereka cukup mewarnai industri hiburan Korea dengan sentiasa memberikan persembahan bertenaga dan terbaik. Personaliti mereka yang menarik, berbakat serta mempunyai pakej yang boleh dikatakan sempurna buat ramai peminat begitu mengagumi mereka. Ramai peminat yang tidak mahukan Wanna One berpecah dan kontrak mereka sebagai Wanna One ditamatkan.

Namun, pada 18 Disember, Swing Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tarikh akhir kontrak Wanna One sebagai kumpulan menerusi fan cafe kumpulan tersebut.

Sepanjang tahun 2018, terdapat khabar angin mengatakan kontrak Wanna One akan disambung semula apabila diumumkan konsert terakhir mereka akan diadakan pada Januari 2019. Pada awalnya, kontrak kumpulan itu dijadualkan akan berakhir pada 31 Disember ini.

Dalam kenyataan rasmi yang baru dikeluarkan, Swing Entertainment mengesahkan bahawa kontrak itu akan tamat pada 31 Disember dan turut menambah bahawa agensi itu akan terus menguruskan kumpulan Wanna One sepanjang promosi akhir mereka pada bulan Januari depan.

Berikut adalah kenyataan rasmi mereka:

“Hello, ini Swing Entertainment. Tujuan kami adalah untuk memberitahu anda semua bahawa kontrak Wanna One akan berakhir pada 31 Disember 2018. Sepanjang tempoh selepas kontrak tamat, kami akan menyelesaikan tugas terakhir kami untuk aktiviti rasmi kumpulan Wanna seperti majlis anugerah seperti yang dirancang dan konsert terakhir mereka Januari depan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada 11 anggota Wanna One, yang telah menunjukkan prestasi mereka yang terbaik sepanjang setahun setengah bermula dari Ogos 2017 hingga kini.

“Semua kakitangan di Swing Entertainment akan memberikan kerjasama ditahap yang terbaik kepada Wanna One sehinggalah sampai masa yang terakhir. Kami juga akan memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada mereka untuk memulakan perjalanan yang baru.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada para peminat Wanna One diseluruh dunia yang telah menyokong dan memberikan kasih sayang kepada mereka. Kami juga mohon kerjasama anda untuk terus menyokong Wanna One yang akan memulakan perjalanan yang baru. Tahniah juga buat Wanna One sepanjang perjalanan mereka, semoga selamat menempuh alam perjalanan yang baru.

“Terima kasih.”

Jom tonton muzik terbaru Wanna One – ‘Spring Breeze’

Terjemahan lirik ‘Spring Breeze’ dalam Bahasa Inggeris yang mana maksudnya begitu mendalam.

loading...