5 Info Menarik Tentang Stray Kids dan IZ*ONE, pemenang Best New Artist Mama 2018 kelmarin

Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2018 untuk siri pertama baru saja berakhir. Pastinya ada yang begitu girang kerana artis kegemaran menang dan ada yang juga kecewa kerana tak boleh menerima hakikat kekalahan tersebut. Adatlah pertandingan ada menang dan kalah. Pada tahun 2018 ini, peminat kpop dihidangkan dengan berbagai-bagai artis Kpop baru. Mungkin ramai netizen belum lagi kenal kerana mereka baru saja menyinggah di dalam dunia kpop.

Dalam siri pertama berlangsung kelmarin, Stray Kids dan IZ*ONE berjaya merangkul anugerah pendatang terbaru terbaik di dalam  (Mama) 2018 di Seoul , Korea pada 10 Disember. Mari kita ketahui info ringkas kedua-dua pemenang ini.

Stray Kids

 

Info Stray Kids :

  •  Dianggotai oleh 9 lelaki yang dipilih dari rancangan realiti “Stray Kids” di bawah pengurusan JYP Entertainment.
  • Muzik Video pertama yang dilancarkan ialah “Hellavator.
  • Debut secara rasmi pada 26 Mac lalu dengan  “I am not”.
  • 2 anggota mereka ialah warga Korea Australia iaitu Felix dan Bang Chan.
  •  Salah seorang ahli Han , pernah bersekolah di Malaysia.

Stray Kids mengikut jejak langkah Twice yang turut juga menang sebagai pendatang terbaru terbaik pada tahun 2016. Mereka turut membuat persembahan “cover” dari Twice iaitu “Like Ooh Aah” :

 

 

IZ*ONE

Info IZ*ONE :

  • Dianggotai oleh 12 ahli perempuan yang dipilih dari rancangan Produce 48.
  •  Ahli-ahli adalah gabungan pelbagai syarikat termasuklah   ahli yang sudah debut di Jepun.
  • 3 ahli berbangsa Jepun  ialah Sakura , Nako dari HKT48 dan Hitomi dari AKB48.
  • Lagu debut mereka ialah “La Vie En Rose “

Saksikan persembahan mereka dengan lagu debut mereka “La Vie En Rose” :

MAMA 2018 juga turut menganugerahkan pendatang terbaru terbaik bagi wakil negara masing-masing: The Toys (Thailand) ,Orange (Vietnam) , Marion Jola (Indonesia) , Hiragana Keyakizaka46 (Jepun) dan Dean Ting (China). Sambutan Mama 2018 akan bersambung pada 12 Disember di Jepun dan kemuncak acara di Hong Kong pada 14 Disember. Kedua-duanya akan disiarkan secara langsung di TVN Asia.

Sumber: Mnet

loading...