Foto bogel didakwa Shownu (MONSTA X) yang tersebar telah dimanipulasi dan tindakan keras akan diambil Starship Entertainment

Selepas kontroversi melibatkan Wonho, nampaknya Shownu pula dijadikan sasaran.

Starship Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan satu set foto peribadi yang didakwa adalah Shownu MONSTA X. Agensi itu mendakwa bahawa gambar-gambar tersebut telah dimanipulasi dan bukannya gambar yang sebenar. Mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara ini.

Pada 3 November, seorang individu telah memuatnaik 3 keping gambar menerusi Twitter dan mendakwa ianya adalah Shownu MONSTA X. Dalam foto, seorang lelaki dapat dilihat tidur di atas katil dengan hanya memakai seluar dalam, dan salah satu foto itu kelihatan lebih jelas daripada yang lain menampakkan lelaki itu tidak mengenakan sebarang pakaian ataupun berbogel. Foto-foto yang dipertikaikan itu kelihatan telah diambil secara rahsia ketika lelaki itu sedang tidur dan tular dimedia sosial dalam masa yang singkat apabila pengguna-pengguna internet mula menyebarkannya.

Starship Entertainment telah mengeluarkan kenyataan mengenai foto tersebut. Mereka menyatakan:

Kini, gambar yang melibatkan Shownu yang dimanipulasi secara haram telah tersebar secara dalam talian dan melalui media sosial. Kami akan memfailkan laporan polis terhadap orang pertama yang memuat naik gambar tersebut serta mereka yang telah membantu menyebarkannya.  Kami akan bekerjasama dengan peguam kami  untuk meneruskan tindakan undang-undang yang berat  terhadap mereka melalui saman sivil untuk pampasan ganti rugi,  berdasarkan melanggar Undang-undang Kes-kes Khas Untuk Jenayah Keganasan Seksual, menyebarkan bahan lucah, dan melanggar hak peribadi.

Rata-rata peminat menyatakan ketidakpuasan hati masing-masing terhadap perkara ini kerana sekali lagi MONSTA X dijadikan sasaran. Mereka berharap agar agensi Starship Entertainment lebih tegas terhadap keselamatan pengurusan artis-artis mereka. Apapun, semoga baik-baik saja buat MONSTA X dan pasti MONBEBE akan memberikan sokongan tanpa berbelah bagi buat mereka.

Sumber : sport.donga | xportnews | news1

loading...