Jang Hyuk akan menjadi polis lagi di dalam MBC Every1 , ‘City Police’

Pelakon Jang Hyuk membuat penampilan sulungnya di dalam program realiti tv, MBC Every1, ‘City Police’ sejak beberapa tahun. ‘City Police’ bertujuan untuk membawa pelakon merasai pengalaman sebagai polis di kawasan bandar, setelah kejayaan siri ‘Rural Police’ sebelum ini yang bertumpukan di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Pelakon akan bekerjasama dengan polis tempatan untuk menyelesaikan masalah kriminal, trafik, aduan pihak pengguna dan sebagainya. Cabaran lebih besar di kawasan bandar kerana populasi yang agak banyak dengan kadar jenayah yang semakin meningkat saban hari.

Dari segi pengalaman sebagai pelakon membawakan watak polis, Jang Hyuk pernah membintangi drama siri tv, OCN Voice pada tahun lepas yang turut mendapat rating yang agak tinggi untuk cenel berkenaan. Jang Hyuk baru saja selesai membintangi drama MBC Bad Papa sebagai bekas peninju terkemuka yang menjadi detektif polis sebelum bertaubat untuk menebus balik kesilapannya sebagai bapa kepada anaknya. PD Lee Soon Ok turut menyatakan faktor inilah mendorongnya  menghubungi Jang Hyuk untuk menawarkan tugas ini kepadanya.

‘City Police’ dapat ditonton menerusi MBC Plus dan akan ditayangkan menjelang Januari 2019.

Sumber: MBCsportplus

loading...