Nasib ‘Four Men’ dihujung tanduk bila pelakon utama tinggalkan produksi sendiri

Nampak gayanya, drama “Four Men” berhadapan dengan masalah lagi. Kali ini dilaporkan pelakon utama drama ini tidak menghadirkan diri selama 20 hari ke set pengambaran. Untuk makluman drama ini adalah sebuah drama pre-produce.

Dengan ketidakhadiran Park Hae Jin sebagai pelakon utama ke set pengambaran, boleh memberi gambaran bahawa pelakon itu menarik diri dari produksi drama tersebut. Secara tidak langsung, ianya menyukarkan keseluruhan pergerakan pihak produksi.

Menurut sumber, Park Hae Jin telah tidak menghadirkan dirinya ke set pengambaran sejak 1 November lepas. Park Hae Jin mempunyai pengaruh besar terhadap keseluruhan produksi memandangkan syarikat agensi beliau (Mountain Movement Story) merupakan produksi besar drama ini.

Pada awal Mei lalu, “Four Men” berhadapan dengan  pelbagai isu dalaman dan telah menghentikan penggambaran. Setelah pertemuan serta perbincangan semula dengan pengarah baru, pelakon utama wanita yang baru, dan banyak lagi, pengambaran diteruskan kembali pada 31 Ogos. Kandungan kontrak Park Hae Jin telah mencapai persetujuan antara mereka apabila pelakon tersebut akan membuat pengambaran drama sehingga 31 Oktober. Walau bagaimanapun, selepas 31 Oktober, ‘Four Men’ tidak dapat meneruskan baki penggambaran dan Park Hae Jin juga tidak hadir ke set pengambaran.

Sumber dalam memberitahu drama ini telah menjalani pengambaran sehinga episode ke 8-9. Dengan isu pelakon lelaki utama tidak lagi bersama pihak produksi, pastinya pengambaran akan tertangguh.

Sedikit kronologi drama ini

Selepas melihat kontroversi yang menimpa drama ini, apakah kesudahan yang akan dihadapi oleh tenaga produksinya. Apakah mungkin drama ini akan terkubur, atau diteruskan. Yang pasti promosi telah pun berjalan, pengambaran juga telah dijalankan bahkan kos yang dibelanjakan juga semakin meningkat. Jika pelakon utama digantikan, apakah mereka perlu membuat pengambaran semula atau hanya sekadar menyunting. Marilah kita nantikan kesudahan epilog drama “Four Men” dan produksinya.

Sumber : sports.donga | wiki

loading...