‘DreamNote’ dari mimpi kini menjadi realiti

Kumpulan K-POP wanita yang penuh keunikan, ‘Teengle’ atau dikenali sebagai DreamNote secara rasminya telah membuat debut mereka di Asia pada 7 November lepas.

DreamNote yang dianggotai oleh 8 gadis, adalah artis pertama kebanggaan iMe Korea. Menjadi kumpulan pertama di bawah naungan iMe Korea, penghibur global ini telah mengeluarkan mini album mereka  ‘Dreamlike’. DreamNote adalah gabungan perkataan ‘DREAM’ (bermaksud ‘apa yang anda mahu lakukan pada masa hadapan’) dan ‘NOTE’ (maksud ‘ruang remaja’), yang membawa bermakna ‘memberi impian (kepada peminat) dan menggapainya bersama.

Kumpulan ini dianggotai oleh YOUI, BoNi, Lara, MISO, Sumin, Eunjo, HaBin dan HanByeol. DreamNote bersenjatakan  kecantikan yang luar biasa dan persembahan menakjubkan akan menampilkan keunikan ‘Teengle’ (Teen + Beagle-Like Beauty) yang penuh dengan pesona keremajaan yang ceria serta bertenaga.

DreamNote berjaya menempatkan kumpulan itu di kedudukan ke-24 bagi penjenamaan (brand value) kumpulan wanita di Korea selepas mereka debut dalam masa 1 minggu.

DreamNote punya pakej yang lengkap dari aspek kecantikan serta kemahiran yang telah mereka perolehi menerusi latihan tanpa henti, dengan bakat yang tiada had serta potensi mereka yang besar. Persembahan kumpulan ini secara langsung dengan 0% lip sync (gerakan mulut, miming) pada pertunjukkan muzik Korea telah menarik perhatian para penonton. Mereka juga turut dipuji oleh peminat kpop.

Lagu pertama mereka ‘DREAM NOTE’ adalah sebuah lagu yang sempurna bagi mewakili DreamNote secara keseluruhannya. Dengan mengetengahkan muzik pop dengan upbeat era 60an, ia suatu muzik yang menyegarkan dan hiburan telinga yang bagus.

Jom tonton muzik video pertama kumpulan DreamNote yang berjudul “Dream Note”

Korang boleh ikuti perkembangan DreamNote menerusi ;

Twitter: @iMe_Dreamnote
Instagram: @iMe_Dreamnote
Youtube: Dreamnote

 

loading...