[Gempar] Bangunan milik Daesung Big Bang disyaki pernah dijadikan sarang pelacuran

Daesung daripada kumpulan Big Bang, disyaki pernah menjadikan bangunan miliknya yang dibeli dengan harga 1.2 billion won (~RM113 juta) sebagai sarang pelacuran.

Menurut laporan daripada Channel A yang membuat pendedahan menggemparkan sebentar tadi, bangunan yang dibeli oleh Daesung sekitar November tahun 2017 itu sebelum beliau melangkah masuk ke dalam latihan khidmat ketenteraan telah didapati melakukan beberapa aktiviti meragukan seperti penawaran khidmat seks kepada pelanggan. Kebanyakan tingkat-tingkat bawah bangunan didapati tak boleh diakses menggunakan lif pada siang hari tetapi dibolehkan pada malam hari di mana kesemuanya digunakan untuk berfoya-poya secara berlebihan.

Berdasarkan laporan, tingkat bawah tanah dan empat tingkat lagi di atasnya sebenarnya telah didaftarkan untuk perniagaan restoren tetapi tiada tanda-tanda ianya pernah diadakan di situ. “Ia hanya ‘bar’ yang buka pada waktu petang saja. Satu lagi, ada ‘bar’ terletak di tingkat bawah tanah. Ia dipanggil ‘bilik salun’ (merujuk kepada sarang pelacuran) ,” kata saksi yang ditemuduga tersebut.

“Selama dua jam pelanggan berada di dalamnya. Mereka mengadakan seks. Diorang hanya bayar sebanyak ribuan won (~ratusan ringgit) tak termasuk harga hotel dan penginapan, ” kata saksi lain.

Walaubagaimanapun, agen hartanah Kang Dae Sung, berpendapat Daesung hanya memiliki bangunan tersebut tetapi tidak terlibat dalam aktiviti perlacuran diadakan di situ. “Sekiranya kami dapati pemilik menganjurkan aktiviti yang melanggari undang-undang, kami akan batalkan kontrak dengan pemilik itu,” katanya.

Sementara itu, YG sedang dihubungi untuk mengulas tentang penglibatan artis jagaannya, Daesung.

Sumber: channel a news , chosun ilbo

loading...