10 artis KPOP ini berjaya catat jualan album tertinggi sejak 2010

Carta Gaon baru-baru ini telah mengeluarkan senarai ranking 10 artis KPOP yang telah mencatatkan penjualan album tertinggi menerusi penjualan secara fizikal. Pengiraan penjualan album ini adalah secara terkumpul bermula dari tahun 2010.

Bagaimanapun, senarai yang dikemukakan ini tidak mengambilkira artis Kpop yang debut sebelum penubuhan carta Gaon  pada tahun 2010. Kedudukan penjualan album ini adalah berdasarkan data dari 2010 hingga 3 November 2018.

Berikut adalah kedudukan 10 artis KPOP yang berjaya catatkan penjualan album tertinggi:

 

1. EXO (debut – 2012)

Jumlah jualan album – 10,617,948 unit

EXO kini merupakan satu-satunya artis yang mempunyai lebih daripada 10 juta jualan album yang tercatat di Gaon.

2. BTS (debut – 2013)

Jumlah jualan album – 9,815,626 unit

BTS, yang mana kedua-dua album yang dikeluarkan tahun ini telah diperakukan terjual  sejuta dan dua juta, masing-masing. Penjualan album BTS ini dijangka akan melebihi 10 juta unit tidak lama lagi.

 

3. Wanna One (debut – 2017)

Jumlah jualan album – 2,899,079 unit

Walaupun hanya 15 bulan sahaja sejak penampilan sulung mereka, Wanna One mampu berada di tempat ketiga dengan penghasilan empat album kesemuanya. Kumpulan itu dijangka mencatatkan penjualan melebihi 3 juta album dengan kehadiran album terbaru mereka yang bakal dikeluarkan pada 19 November ini.

4. TWICE (Debut – 2015)

Jumlah jualan album – 2,716,832 unit

TWICE adalah satu-satunya kumpulan wanita yang tersenarai dalam 10 teratas. Apabila Gaon mengeluarkan data untuk album terbaru mereka “YES or YES” berkemungkinan penjualan album kumpulan itu akan melebihi 3 juta unit.

 

5. GOT7 (debut – 2014)

Jumlah jualan album – 2,294,199 unit

GOT7 menunjukkan prestasi yang konsisten dalam penjualan album mereka. Album terbaru mereka “Eyes On You” dan “Present: YOU” telah mendapat penjualan anugerah platinum oleh Gaon.

6. SEVENTEEN (debut – 2015)

Jumlah jualan album – 2,217,819 unit

Jualan album SEVENTEEN telah meningkat dengan ketara setiap, dan album terbaru mereka “You Make My Day” menerima anugerah platinum.

7. INFINITE (debut – 2010)

Jumlah jualan album – 1,518,763 unit

INFINITE adalah satu-satunya kumpulan yang debut pada 2010 dan berjaya menempatkan diri mereka dalam senarai. Sebagai tambahan, selain daripada penjualan album INFINITE, mereka juga telah mencapai jualan album yang memberangsangkan menerusi penjualan album sub-unit mereka iaitu INFINITE H dan INFINITE F.

8. VIXX (debut – 2012)

Jumlah jualan album – 1,443,114 unit

Sejak debut, album VIXX, serta VIXX LR, terus mendapat perhatian ramai saban tahun dengan kepelbagaian konsep yang diketengahkan oleh mereka.

9. NCT (debut – 2016)

Jumlah jualan album – 1,370,716 unit

Angka ini termasuk penjualan album dari NCT 2018 dan semua unit NCT. Mereka telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam masa yang singkat, dengan lebih separuh album-album tersebut terjual pada tahun ini.

10. MONSTA X (debut – 2015)

Jumlah jualan album – 1,055,357 unit

MONSTA X adalah antara artis baru yang mana penjualan album mereka melepasi jutaan unit. Penjualan album terbaru mereka “ARE YOU THERE?” telah memastikan mereka berada dikelompok 10 terbaik ini.

Dengan jualan album yang mengagumkan kesemua artis ini serta sumbangan penggiat seni yang lain, keseluruhan jualan album secara fizikal terus meningkat setiap tahun. Gaon telah merekodkan penjualan sebanyak 6,824,622 unit untuk 400 album pada tahun 2011, dan jumlah ini meningkat kepada 10,808,921 pada 2016. Jumlah jualan album kemudiannya melonjak kepada 16,930,491 pada tahun 2017 dan telah mencatatkan jualan yang lebih tinggi sehingga mencecah 18,631,020 unit setakat 3 November 2018.

Sumber : Gaon Chart