Poster “Fate and Fury” Joo Sang Wook dan Lee Min Jung; Marah-marah sayang

Kepada para peminat Joo Sang Wook dan Lee Min Jung, anda kini boleh bersedia di depan tv. SBS telah mengeluarkan  poster untuk drama baru mereka bagi mengisi slot hujung minggu akan datang, “Fates and Furies.”

Drama ini bertemakan melodama yang realistik mengenai apa yang berlaku pada masa kini. Ia juga akan meneroka kehidupan di antara empat orang yang terperangkap dalam sebuah perhubungan disebabkan oleh perasaan marah dan akhirnya membibitkan perasaan romantis. “Fate and Furies” menceritakan tentang seorang wanita yang mencintai seorang lelaki hanya untuk mengubah nasibnya dan seorang lelaki yang mencintai wanita itu kerana dia percaya wanita itu jodohnya. Akan ada juga seorang wanita yang berhasrat untuk memenangi hati seorang lelaki untuk mencapai matlamatnya, serta seorang lelaki yang berusaha untuk membalas dendam terhadap wanita itu.

Joo Sang Wook dan Lee Min Jung mempamerkan imej yang berbeza di dalam poster yang telah dikeluarkan. Dalam poster pertama bertajuk “Passion,” mereka mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian perkahwinan seperti suits dan gaun. Walau bagaimanapun, reaksi pasangan itu kelihatan tidak gembira bila berselisih. Mimik muka Lee Min Jung seakan penuh kemarahan, manakala Joo Sang Wook mempamerkan mimik muka kekeliruan dan kesedihan. mesra ketika mereka saling berhadapan.

Dalam satu lagi poster bertajuk “Love,” pasangan itu kelihatan sangat mesra dan tersenyum antara satu sama lain sambil mereka kasut. Boleh dikatakan keduanya seperti dilamun cinta dan kelihatan serasi bersama. Pasti momen-momen saat ini akan menggetarkan jiwa para penonton.

Lee Min Jung, pertama kali kembali ke skrin kecil selepas “Please Come Back, Mister,” membawakan watak Goo Hae Ra, seorang wanita yang ingin mengubah nasibnya dengan menghulurkan cinta palsu pada seorang lelaki kaya. Hae Ra  telah mengalami tragedi yang dahsyat dalam hidupnya dengan kematian ayahnya dan percubaan bunuh diri kakaknya. Hae Ra adalah seorang pereka kasut.

Joo Sang Wook pula membawakan watak Tae In Joon, anak kedua dari keluarga chaebol, seorang presiden sebuah syarikat kasut yang sengaja mengejar Goo Hae Ra kerana beliau percaya Hae Ra adalah jodohnya. Apabila Tae In Joon mengetahui Hae Ra hanyalah berpura-pura menyintainya, beliau mula dikuasai perasaan marah. Tae In Joon  juga berhasrat untuk menjadi pemilik syarikat keluarganya dengan menyingkirkan ibu tiri dan abangnya.

Drama ini turut dijayakan oleh  Park Soo Ah, So Yi Hyun, Lee Ki Woo, Cha Soo Yeon, Jung Kyu Soo, Jung Soo Young, Yoon Hak, Gong Jung Hwan, Song Ok Suk, Go In Bum, Shim Yi Young, Jo Seung Yeon, Kwon Tae Won, Ha Min, Lim Ji Kyu, Han Eun Sung, Jo Wan Ki, Heo Joon Suk, dan Kim Dan Woo.

Pasukan penerbitan “Fates and Furies” menyatakan, “Penonton pastinya akan terpikat oleh keghairahan cinta dan kemarahan yang bakal ditunjukkan oleh Joo Sang Wook dan Lee Min Jung.” Mereka turut menegaskan, “Drama ini adalah sebuah melodrama yang mensasarkan penonton dikalangan usia pertengahan.”

“Fates and Furies” akan mula disiarkan selepas tamatnya drama “Miss Ma, Nemesis.” Ia akan disiarkan pada 1 Disember depan pada 9:05 p.m. (KST) disaluran SBS. Jom tonton sedutan drama ini di bawah;

Sumber : star.mk

loading...