Song Mino Winner menggemparkan peminat kpop dengan debut solo

Khas untuk Innercircle, rapper kesayangan semua iaitu Mino, kami ada berita baik untuk anda. Demam peminat artis di bawah naungan YG Entertainment di Malaysia bakal berterusan dengan artis Mino atau nama beliau sebenarnya ialah Song Min-Ho, rapper kumpulan Winner dengan pengumuman bahawa beliau akan mengeluarkan debut solo pertama beliau berjudul XX pada 26 November ini. Pengumuman ini dilakukan sendiri oleh Yang Sajangnim melalui laman Instagram beliau pada 13 September yang lalu.

https://www.instagram.com/p/Bpi3N5YHDJq/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=vlwu6a4wc711

 

Menurut News 1, keputusan ini dibuat disebabkan oleh jadual padat Winner yang kini sedang melakukan siri Tour mereka yang bermula sejak April lagi. Penjelajahan mereka akan diteruskan selama empat minggu lagi ke Singapura, Manila, dan Hong Kong. Pelancaran debut solo Mino ini akan menjadi penutup kepada siri penjelajahan kumpulan Winner ini di seluruh Asia termasuk Malaysia tiga minggu lepas. Album ini dijangka akan memberi ruang kepada Mino untuk berkarya dengan lebih bebas. Mino yang pernah muncul dalam Show Me The Money 4 dan mendapat tempat kedua menjadi bukti bahawa beliau mampu meningkatkan prestasinya tersendiri di dalam bidang nyanyian.

Mino mengatakan tajuk album beliau ini terhasil daripada niat yang tiada batasan dalam makna dan interpretasi sesiapa pun, hanyalah fokus kepada kebebasan beliau. Jangan lupa tandakan pada kalendar dan alarm anda semua ya!

Sumber : News 1

Penulisan artikel turut dibantu oleh Sirius.

loading...