IU akui senang pujuk Lee Jung Ki temaninya di dalam jtbc Knowing Brothers

Lee Jung Ki tak semudah itu untuk muncul di program realiti tv. Hal ini kerana hanya dengan pujukan IU saja, bintang gandingannya di dalam drama SBS Scarlet Heart: Ryeo , dia berubah hati untuk muncul sekali bersama-sama IU bagi memeriahkan slot mingguan jtbc Knowing Brothers.

“Joon Gi  jarang melibatkan diri dalam realiti tv baru-baru ini dan dia tidak mempromosikan apa-apa.  Jadi, saya panggil dia sekali dan dia terus bersetuju ,” terang IU atau Lee Ji Eun pada hadirin rancangan tv Knowing Brothers sebelum diiakan oleh Lee Jung Ki yang mengatakan persetujuan itu mengambil masa seminggu.

Dalam rancangan berkenaan, Lee Jung Ki yang berkaca mata mentertawakan hadirin dengan menggayakan gerak tubuhnya dengan penuh kegedikan apabila ditanya adakah dia merindui mereka. IU turut meloncat bertepuk-tepukan memerhatikan telatah ditunjukan oleh Lee Jung Ki sambil mendapat sorakan ketawa daripada hadirin.

IU dan Lee Jung Ki juga masing-masing mempersembahkan senaman yoga dan meluruskan kaki secara menduduk sekaligus menunjukkan fleksibiliti mereka. IU melakukannya untuk mengimbangi kepalanya manakala Lee Jung Ki pula mempraktiskannya sejak mempertontonkan gaya tersebut di dalam filem ‘King and The Clown’.

Kedua-dua Lee Jung Ki dan IU baru saja membintangi drama pada tahun 2018 ini, masing-masing menerusi drama tvN Lawless Lawyer dan tvN My Mister. IU sedang sibuk mempersiapkan diri untuk jelajah konsert di serata dunia.

 

loading...