Yoo Jae Myung berkahwin dengan gadis lebih 12 tahun muda daripadanya hari ini

Pelakon veteran Yoo Jae Myung melangsungkan perkahwinan pada hari ini dengan gadis yang lebih 12 tahun muda daripadanya, yakni seorang pelakon teater tak dinamakan. Mereka telah berkenalan selama 5 tahun sejak Yoo Jae Myung berkecimpung dalam dunia teater.

Majlis perkahwinan itu diadakan secara privasi dengan dihadiri hanya keluarga dan kawan terdekat. Dikhabarkan juga rumah kelamin mereka telah pun siap dibina di Seongbuk di mana Yoo Jae Myung telah tinggal sekian lama.

Gambar dikreditkan pada Joins .

Yoo Jae Myung mula dikenali dengan drama tvN Reply 1988 sebagai dekan sekolah sebelum secara serius membawa watak-watak pembantu di dalam drama seperti jtbc Strong Woman Do Bong Soon, jtbc Life dan tvN Stranger / Forest of Secret. Lakonan sebagai doktor bedah di dalam jtbc Life telah melayakkan beliau memenangi anugerah Best Supporting Actor 6th APAN Drama Awards yang berlangsung minggu lepas.

Sumber: etoday

 

https://kmania.info/2018/09/27/pernah-hidup-sebagai-gelandangan-yoo-jae-myung-mahu-maju-ke-depan/

loading...